SUDAH-SUDAHLAH

Masih ramai mempamerkan di FB, blog, tweeter dan sebagainya pesta makan-makan sempena rumah terbuka idil fitri. Tepat sehingga 30 Syawal, tidak kira siapa dari ilmuan agama sehingga orang biasa-biasa. Pada hari tersebut sepatutnya kita sudah memulakan puasa Isnin dan Khamis untuk minggu kedua atau ketiga sebagai tanda kejayaan madrasah Ramadhan. Namun, tanpa kita sedari itulah realiti kita mempamerkan kesan Ramadhan yang kita dapat. Sudah-sudahlah dan cukup-cukuplah marilah kita kembali kepadaNya dengan mengamalkan segala suruhan dan sunnah RasulNya. Tanda kita cintaNya bukan sekadar menunjukan lambang RABIA tapi yang paling utama mengamalkan suruhan bukan sahaja yang fardu tetapi yang sunat sebagai pelengkap dan tanda syukur kita kepadaNya. Jika solat FARDU, tambah dengan yang sunat, jika puasa Fardu Ramadhan, tambah dengan puasa sunat Isnin dan Khamis dan bercita-cita untuk puasa Nabi Daud A.S. Mulaikan dari sekarang sebagai pelengkap kepada yang FARDU iaiti solat sunat dan puasa sunat di samping memperbanyakkan aksesori dalam setiap ibadat kita samada yang fardu atau sunat. Dalam solat, tambahlah aksesori dengan bacaan tambahan yang dianjurkan. Begitu juga dalam kehidupan harian penuhilah dengan amalan(aksesori) tambahan dengan zikir, doa dan sebagainya tanpa vacuumpun dalam sesaat kehidupan kita.

Leave a Reply