Dari desktop ke laptop dan kini dengan iziNYA sudah mampu mencoret blog dengan Ipad2, namun masih gagal menghasilkan artikal yang bermanfaat secara konsisten. Istiqamah, disiplin diri, kemahuan yang tinggi dan disertai dengan kesabaran yang adalah perkara yang paling penting. Ini meliputi setiap amalan dan gerakerja dalam kehidupan seharian kita. Begitulah dalam beribadat, tidak semestinya orang yang mempunyai kemudahan kenderaan yang selesa Alan selalu berjamaah di masjid. Dan yang pasti sekiranya seseorang itu telah mempunyai istiqmah dan kekuatan diri pasti tidak akan sanggup meninggalah solat berjamaah biarpun hujan dan ribut, mereka Akan tetap berjalan kaki ke masjid.
Blog
HAMPIR 5 TAHUN BERBLOG
Tahniah kepada pemblog yang istiqamah menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Bulan amalan yang Mudah untuk melaksanakan Tanpa kesungguhan dan jiwa yang kental. Saya selalu berusaha dan kadang-kadang sanggup pula berjanji untuk istiqamah meng’ up dated’ blog, namun ianya sekadar janji. Untuk beberapa tempoh blog terbiar tanpa sebarang pengisian sehingga tempoh berminggu-Minggu. O o o dari penjengok. Bayaran sering dibaharui saban tahun, namun sikap lama masih berulang. Harapan TAHUN 2012 sikap ini DAPAT diubah moga blog dapat dimanfaatkan semaksima mungkin, insyaAllah.
APAKAH ISLAM MAKIN TEGUH?
Persoalan di atas semakin berputar di hati ini selepas melakukan pemerhatian sepanjang bermusafir selama 40 hari.
Ke mana sahaja kita pergi, kita akan lihat masjid dan surau melata dan tersergam indah. Apabila kita hadir ke dadanya, kita akan selesa dengan karpetnya yang tebal, kedinginan amat terasa dengan pendingin hawa yang di pasang di sekeling dindingnya atau sekurang-kurang kipas berpusing-pusing di atas kepala. Apabila memerhati di sekeliling kita, mata akan nampak terpaparnya iklan dan papan-papan tanda atau banner tentang ceramah-ceramah, jadual-jadual kuliah agama dan tidak kurang juga banyaknya tawaran pengajian kelas atau sekolah tahfiz. Semakin ramai ibubapa berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz atau aliran agama termasuk para artis-artis yang saban hari bergelumang dengan hiburan yang melalaikan. Apabila kita membuka lebaran sama ada majalah atau akhbar harian, akan terpapar penulisan, artikal, padangan atau ucapan yang mengagungkan dan membela agama yang mulia ini. Apabila kita menonton di media massa, kita perhatikan setiap orang bercakap tentang mempertahankan agama, pantang dicabar terutama dari penganut agama lain. Begitu hebat kita nampak gelombang kebangkitan Islam pada zahirnya. Apakah pada hakikat atau realitinya begitu? Kalau ya, Alhamdulillah. Untuk menjawabnya mari kita ke masjid atau surau semasa solat fardu terutama solat subuh, apakah jemaahnya semakin ramai atau sebaliknya? Apabila kita mendapat jawapan carilah puncanya. Pada umumnya di antara puncanya ialah ilmu tanpa amal. Ramai yang berilmu tapi tidak ramai yang beramal dengan ilmunya dan istiqamah dengan amalan. Selain itu sifat meterialistik telah menyelimuti umat Islam yang menyebabkan amalan agama menjadi pilihan kedua atau sekadar kulitnya sahaja. Allahu’allam.
SELAMAT TAHUN BARU- APAKAH ADA AZAM BARU LAGI?
Tahun baru Maal Hijran 1433 telah sebulan berlalu. Kini tiba pula tahun baru Meshi. Apakah dengan kedatangan kedua-dua tahun baru ini, makin ramai umat yang yang mengingati hari kematian? Atau semakin ramai yang masih leka dengan budaya hedoism? Tanda arasnya ialah kita lihat kehadiri pada majlis “count down” tahun baru dan bandingkan kehadiran di rumah Allah. Keesokannya lihat di masjid dan surau apakah bertambah jamaahnya? Ini adalah tanda yang amat “simple” untuk dijadikan program seterus pada tahun akan datang. Allah Maha Penyayang dari azali hingga selamanya. Marilah kita muhasabah diri dan istiqamah beramal.
BANTULAH SAUDARAMU SEBELUM MEREKA TIDAK LAGI MEMERALUKAN BANTUMU
Kehidupan ibarat roda sekejap di atas dan kadang kalanya kita di bawah. Membantu manusia lain merupakan suatu perbuatan yang mendapat pahala ganjaran yang amat tinggi. Namun melaksanakannya amat sukar kerana ia memerlukan pengorbanan. Melibatkan tenaga dan sumber. Biasanya bantuan yang kita terima kita akan sentiasa mengenangkannya malah sering menghebahkan kepada orang lain tentang bantuan yang kita terima. Kebanyakkan kita akan tersemat dalam hati untuk kita membalasnya dengan yang lebih baik. Sekurang-kurangnya kita mendoakan orang itu diberi ganjaran oleh Allah sekiranya kita tidak mampu membalasnya. Oleh kepada sesiapa sahaja cubalah bantu saudara kita apabila kita nampak keperluan atau keperitan sebelum saudara kita tidak lagi memerlukan bantuan kita.
DARI TV KE TELEFON KE HANDSET KE INTERNET
Kemajuan yang membawa kepada keperluan. dan tanpanya amat menyukarkan
4 Kategori manusia berdasar percakapannya
Monday, 07 November 2011 20:29 | Written by Zawawi Yusoh | PDF Print E-mail
INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.
Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara.
Namun, sekali berbica ra, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapan nya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah.
Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.
Orang seperti ini bicara nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.
Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.
Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.
Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.
Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal nya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya.
Hari-harinya dipenuhi de ngan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alang kah rugi nya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.
Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri nya sedangkan hidup adalah peng abdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.
Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurang kanlah berkata-kata kerana ia akan mengura ngi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.
Copyright © 2010-2011 Institute Of Islamic Study, Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah Pondok Terusan Pasir Tumboh,



