BANGUN MALAM – BUKAN MENGHARAP TERBANGUN!

Keingin bangun solat malam memanglah terpasang di hati setiap muslim yang mengetahui kelebihan mereka yang bangun di waktu 2/3 atau 1/3 malam. Mennyedari ganjaran yang akan dikurniakan di akhirat nanti, maka kebanyakkan di kalangan kita berazam untuk bangun beribadat di waktu yang amat disukaiNya. Namun keingin tersebut tidak memadai bangun malam apabila terbangun atau berusaha secara minima untuk bangun dengan alasan tidak terbangun dan mendapat ganjaran dari niatnya itu. Sebenar tidak cukup dengan itu untuk meraih ganjaran kerana tidak terbangun! Ganjaran bergantung kepada usaha bersungguh-sungguh kita untuk bangun beribadat malam. Di antaranya  berusaha tidur awal sekiranya tiada urusan yang amat penting pada malam itu supaya mudah untuk bangun pada waktu yang ditetapkan. Untuk kita yang memang lena tidurnya, maka kena menggunakan penggera yang memaksa kita bangun! jika satu penggera masih gagal membangunkan kita gunakan dua atau lebih penggera seperti jam loceng, suara azan dan sebangainya (ada perisian di telefon pintar untuk tujuan ini!). ataupun mohon kerjasama isteri atau suami atau anak-anak supaya membangunkan kita seandainya kita tidak terjaga pada waktu yang ditetapkan! Biasanya pasangan atau keluarga akan tahu masa yang menjadi kebiasaan kita bangun setiap malam. Kesimpulannya ialah kita kena berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga sampai satu tahap Allah akan anugerahi kita untuk bangun beribadat pada masa yang telah menjadi amalan istiqamah kita. Apabila kita berjaya bangun malam sudah pasti kita akan solat fardu Subuh berjemaah dan diiringi dengan solat fardu Subuh yang pahalanya satu dunia dan seisinya.

Leave a Reply