BAGAIMANA DIRI KITA DALAM BERIBADAT?

Untuk kita yang terus menyelesaikan puasa enam Syawal, sehari hari khamis dan sehari hari Isnin dan besok khamis tiba lagi! Apakah sudah kita mencuba laksanakan puasa sunat Isnin dan Khamis. Jika sudah bermula bermakna sudah dua hari kita mengamalkan ibadat puasa sunat sebagai kesinambungan kepada puasa Ramadhan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Sementara menunggu sebelas bulan lagi untuk menjelmanya Ramadhan(1436H) mudah disampaikan kita semua, maka eloklah diisi dengan puasa-puasa sunat yang anjurkan oleh syariat. Secara rutinnya puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa pada bulan cerah iaitu 13,14 dan 15 setiap bulan, puasa sunat awal Zulhijah atau sekurangnya 9 dan 10 Zulhijah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, puasa sunat awal Muharram atau 10 Muharram sekurang-kurangnya dan yang terbaik jika berkemampuan ialah puasa Nabi Daud a.s iaitu sehari puasa dan sehari berbuka.
Kita juga kena sentiasa MUHASABAH diri kita dan bandingkan amalan semasa Ramadhan dan PASCA Ramadhan. Bagaimana dengan amalan-amalan sunat kita seperti solat fardu berjemaah, solat-solat sunat, tadarus dan tadabur, zikir dan sebagainya, apakah masih istiqamah atau ianya pergi bersama Ramadhan 1435H yang lalu. Renung dan kekalkanlah semaksima mungkin sementara menunggu Ramadhan yang mendatang atau kematian yang mendatang.

Leave a Reply