SIAPA KAH KAWAN KITA

Sudah menjadi fitrah manusia, hidup kita saling memerlukan di antara satu sama lain. Walau ada yang mendakwa boleh hidup sendiri. Secara realitinya, dia tidak akan pergi sendiri ke kubur bila nyawanya telah diambil oleh Malaikat Sakratul maut. Mahu tidak mahu kita memerlukan saudara atau kawan sebagai teman semasa hidup atau semasa kita mati. Ingat kehidupan yang kekal dan balasan yang seadil-adilnya ialah selepas kematian. Janganlah bersedih seandainya di dunia kita tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Balasan dari Allah sahaja yang seadil-adilnya. Balasan tanpa memilih berdasarkan bangsa, bulu, kroni, rupawan, hartawan, kedudukan dan tanpa sebarang diskriminasi berdasar apa sahaja kreteria digunakan di dunia ini.

Bersandarkan prinsip di atas berkawan merupakan sebahagian dari warna- warni kehidupan. Semua kita mempunyai kawan, sama ada kini, dulu atau akan datang. Ada kawan yang datang, kekal dan pergi disebabkan faKtor kehidupan atau kematian. Semasa berkawan , kita akan berkawan dengan siapa sahaja yang kita sukai. Berkawan juga disebabkan faKtor keserasian, keprihatian atau berkepenting dan sebagainya.

Apakah selepas berpisah, sama ada di sebabkan tuntutan kehidupan atau kematian kita masih mengingati kawan kita? Kalau orang tua-tua dulu selalu mengingatkan anak atau warisnya agar meneruskan hubungan dengan kawannya dahulu atau keluarga apabila mati. Kalau di kampung kawan sepenoreh atau perantau yang bersama mengalami pahit manis dan berakhir dengan kemanisan atau bertambah perit. Anaknya harus teruskan menghargai dan mengingati diri dan keluarganya.

Apakah fenomena ini sama dengan situasi sekarang? Apabila membaca memoir atau berkesah dengan seorang tokoh atau sesiapa sahaja atau cuba imbas kembali pengalaman yang kita pernah lalu atau kita sendiri lakukan atau fikirkan siapa kawan yang dikesahkan. Biasanya kawan kita jumpai lebih rendah kedudukannya akan minta maklumat tentang diri seperti nombor telefon dan sebagainya. Apabila kita bertemu dengan bekas kawan yang lebih tinggi kedudukannya, apakah mereka ingin maklumat tenang diri kita? Jarang-jarang dan layanannya biasanya ala kadar sahaja. Pada mereka pertemuan ini sebolehnya pertemuan terakhir dan kalau tidak bertemu selepas ini pun tidak menjadi masalah. Hal ini turut melibat dalam keluarga. Selalunya saudara yang bekedudukan yang diwar-warkan. Ada anak peranakan saya doktor pakar di……. . dengan megahnya!!!

Inilah kehidupan, mudahan bukan begitu diri kita. Wallahua’llam.

Leave a Reply