jump to navigation

MENGAPA KITA JADI PELUPA January 17, 2008

Posted by CikguMat in : Psychology , trackback

4.5 Lupaan

Lupaan adalah keterbalikan daripada ingatan. Ia dikatakan sebagai kegagalan untuk

mengingat kembali sesuatu yang telah dialami atau dipelajari, sama ada untuk sementara

waktu mahupun untuk selama-lamanya.Terdapat tiga jenis lupaan iaitu lupaan gangguan,

lupaan keusangan atau pengaburan dan lupaan desakan emosi.

i) Lupaan Gangguan

Mengikut teori ini, lupaan adalah disebabkan oleh gangguan pengalaman atau

maklumat yang baru diterima memberi kesan kepada ingatan kekal. Contohnya seperti

pembelajaran perkara baru mungkin akan mengganggu pembelajaran lama Kandungan

perkara-perkara yang dipelajari telah bercampur menyebabkan lupaan berlaku terhadap

pembelajaran lama.

ii) Lupaan Keusangan atau pengaburan

Lupaan ini disebabkan oleh maklumat-maklumat pengalaman yang tersimpan

dalam ingatan jangka panjang menjadi kabur dan susah diingat kembali. Ia disebabkan

kerana maklumat pengalaman yang tersimpan itu telah lama tidak digunakan

menyebabkan ia menjadi kabur. Sesuatu pengetahuan yang diperolehi tetapi tidak sudah

lama tidak lebih berkemungkinan akan menyebabkan ia menjadi kabur dalam ingatan.

Misalnya, seseorang yang mempelajari bahasa kedua dan mahir. Disebabkan sudah lama

tidak menggunakan bahasa samada dalam pertuturan ataupun penulisan, dia mendapati

susah hendak mengingat kembali bahasa ini. Walau bagaimanapun, kemahiran

menggunakan bahasa ini dapat dipulihkan dengan cara mempelajari semula bahasa

tersebut. Pembelajaran kali kedua ini lebih cepat membawa kepada kemahiran daripada

pembelajaran kali pertama.

iii) Lupaan Desakan emosi

Lupaan jenis ini disebabkan oleh gangguan ke atas emosi orang yang hendak

mengingat, hingga mendesak ia untuk melupakan maklumat-maklumat pengalaman yang

tersimpan dalam ingatan jangka panjangnya. Dalam hidup manusia, mungkin terdapat

pengalaman-pengalaman yang menyakitkan emosi atau menyedihkan. Ada di antara

pengalaman-pengalaman ini tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetapi individu

berkenaan sengaja ingin melupakan pengalaman tersebut untuk megelakkan kesedihan.

Bersambung……… FAKTOR-FAKTOR LUPAAN

Comments»

1. Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Menjadi Pelupa - August 19, 2008

[...] yang akan menambahkan lagi tahap kenyanyukan kita. Saya terjumpa dalam blog CikguMat mengenai mengapa kita jadi pelupa. Dalam blog beliau dinyatakan bahawa terdapat 3 jenis lupaan ( boleh guna ke perkataan ni?) iaitu [...]