Ilmuan atau Cendikiawan- Pandangan siapa yang relevan?

Perbezaan  ilmuan dan cendekiawan? Enstein adalah seorang ilmuan apabila berjaya mencipta dan menemui atom. Sumbangannya dalam bidang sains tenaga amat berguna. Ilmunya memberi manfaat kepada seluruh manusia sejagat. Tetapi apabila atom digunakan untuk menjadi senjata pemusnah oleh Eisenhower, maka Enstein sang ilmuan segera bertindak menjadi cendekiawan iaitu memilih menjadi musuh kepala negaranya kerana dia tahu itu bukan caranya ilmu tersebut dapat diselewengkan.(Catatan dari Faisal Tahrani).

Apabila kita analisis apa yang telah dianaisis oleh penganalisis yang dijemput di diskusi keputusan PR-12. Terdapat dua kategori penganalisis pada forum tersebut; Kumpulan yang pertama adalah kumpulan ilmuan, kumpulan ini akan memberi hujah-hujan berdasarkan apa yang dilaporkan oleh pihak yang disokong dengan menambah fakta-fakta yang terhad. Ini dilakukan berdasarkan kajian ilmiah yang biasa menghadkan objektif kajian berdasarkan kesinigfikenan yang terhad(adalah mustahil dalam beberapa jam atau hari sahaja mereka dapat mengeluarkan hasil kajian). Apa yang dinyatakan oleh ilmuan ini adalah pendapat peribadi yang diambil dari sumber yang terhad. Kita dapati kesannya boleh dikatakan sokong membawah rebah. Kumpulan kedua merupakan kumpulan cendikiawan, kumpulan ini akan membentang analisis secara menyeluruh berdasarkan pelbagai sumber tanpa terikat kepada pandangan dan fakta tertentu. Walaupun pahit dan beresiko mereka tetap dengan pandangan dan fakta-fakta yang menyeluruh. Sekiranya pandangan ini diambil kira sudah tentu kesan positif akan terhasil. Pandangan mereka tidak terhad dan mengambil kira yang pro dan kontra. Renung-renunglah pandangan yang perlu kita beri pertimbangan antara pandangan ilmuan atau cendikiawan.

Leave a Reply