Ciri dan Rukun penerimaan Ibadah

1)                              

  • Ikhlas kerana Allah SWT .  Firman Allah SWT : Al-Bayyinah : 5

  • Ia adalah tali hubungan di antara khaliq dan makhluq. Dalil : Al-Baqarah : 186

  • Mesti bertepatan dengan apa yang di ajar perintah oleh Allah SWT dan praktikal oleh Rasulullah SAW. Ibadah termasuk dalam hal ‘Tawqifiah’ Iaitu sesuatu perkara yang diterima secara spesifik oleh Allah dan RasulNya, maka ruang berijtihad dalam hal bentuk ibadah adalah sangat terhad dan hampir-hampir tiada.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh Imam Fudhail bin Iyadh ketika ditanya tentang tafsiran ayat : ليبلوكم أيكم أحسن عملا

Ertinya : “….Untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya di antara kamu ..”(Al-Mulk : 2)

 

 

Maka beliau menjawab : ما أخلصه وأصوبه  Ertinya : “ amalan yang terbaik itu adalah yang paling ikhlas dan paling tepat”Kemudian beliau menerangkan pula maksud katanya tadi seperti berikut : “Sesuatu yang paling ikhlas adalah ; iaitu sesuatu yang dilakukan kerana Allah; manakala yang paling tepat ; yang menepati sunnah “ ·                                  

·                                

Nabi SAW melarang mereka cipta bentuk ibadah tanpa asas dan dalil. Sebagaimana Sabda Nabi : “من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردErtinya : Barangsiapa yang mereka cipta dalam hal urusan agama kami (Islam) yang tiada kaitan dari ajaran Islam, MAKA IA ADALAH DITOLAK” 

Dipetik dari Zaharuddin net.

Salam dari Melaka

25 Januari 2008. Ke MMU University-Daftar Izzi

Leave a Reply