Apa akan jadi dengan jantan berpakaian hitam di KL

Setelah lebih seminggu di Kota Kosmopolitan, berbagai gelagat manusianya. Pelbagai tingkahlaku berkaitan dengan cara bertutur kata, cara berpakaian, cara berjalan, cara makan, cara menaiki kenderaan, cara mencari rezeki, cara berbelanja dan pelbagai cara dan fielnya. Perkara yang penting yang ingin diketengahkan ialah budaya yang ditonjolkan oleh jantan-jantan yang amat membimbangkan ini. Bermula dengan bidang pekerjaan yang dipilih, cara berpakaian, tingkah laku dan kecenderungan kumpulan ini. Apak motif mereka memilih kerjaya sebagai jurusolek atau promoter alat solek. Apakah kerana mengelak daripada kerja yang menggunakan tulang empat kerat dan ingin berkerja di dalam situasi yang selesa di tempat berhawa dingin? Justeru itu kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kaum hawa telah dimonopoli oelh golongan itu. Apa yang amat menyedihkan perawakan golongan telah bertukar dari sifat kejantanan kepada kelembikan(lembut). Memang menyampah kerana perlakuan yang diada-adakan. Pemakaian yang ketat dan majoriti berwarna hitam (cuba kita selidiki kumpulan mana yang biasanya  memakai pakaian yang berwarna hitam?). Siapa yang bersalah dalam soal ini. Setiap hujung ada puncanya. Jadi ia berpunca dari mana? Adakah dari rumah, rakan sebaya, institusi pendidikan, media massa dan elektronik, atau dari mana ? Yang pastinya mesti berpunca! Mari kita sama mencarinya dan kalau mampu menguburkan budaya ini. Bersambung….

Leave a Reply