Ya Allah aku ingin jadi…..

Hamba yang bertaqwa tapi hanya Engkau saja yang mengetahuinya
Hamba yang berilmu dan mengamalkan ilmuMu secara istiqamah
Hamba yang berilmu dan dapat menyampaikan ilmumu dan menjadikan mereka yang menerima ilmu mengamalkannya
Hamba yang istiqamah beribadat malam dengan ikhlas dan tanpa riya’
Hamba yang mempunyai isteri,anak , menantu dan keturunan yang taat perintahMu
Hamba yang sihat dan bertenaga dan mengunakannya untuk beribadat padaMu
Hamba yang istiqamah dalam melaksanakan amalan yang Engkau perintahkan
Hamba yang jauh dari perkara yang menjadi laranganMU
Hamba yang sentiasa menambah nilai dan memperbaiki segala ibadat fardu dan wajib yang Engkau perintahkan.
Hamba yang berani mengatakan yang hak dan batil yang hanya takut kepadaMu
Hamba yang dapat melaksanakan semua suruhanMu dan meninggalkan laranganMu walaupun penyudahnya sahid.

‘Refresh’ kecek kelate!

Sangat manis = manih leting
Sangat masin = masing peghak
Sangat pahit = paik lepe
Sangat masam = mase purik
Sangat tawar = tawa ebe
Sangat putih = putih sue
Sangat hitam = hite lege
Sangat biru = biru ketu
Sangat kuning = kuning nehe
Gapo dio lagi ea?

RUGINYA MENYEPI DIRI DARI BEKERJA DALAM GERAKKAN ISLAM

Bergerak secara aktif dalam gerakan Islam merupakan proses menanam bijih benih yang mungkin mendapat hasilnya di dunia dan yang pastinya kita mendapat hasilnya di hari akhirat seandainya niat kita lillahi ta’ala.
Dalam gerakan Islam kita sentiasa diingati peri pentingnya sentiasa mematuhi suruhanNya dalam keadaan apa sekali pun walau pengakhirannya adalah syahid. Infak merupakan menu utama dalam gerakan Islam. Apabila berada di dalam kita dianjur dan mempraktik untuk menginfak harta benda dan keringat demi kemenangan Islam. Jika kita berada di luar jemaah, infaknya mungkin pada hari dan masa tertentu seperti hari Jumaat, hari perayaan dan majlis tertentu, namun berada dalam gerakkan Islam infak sudah menjadi makan ruji dalam setiap aktiviti jemaah. Keberuntungannya ialah kita sentiasa dalam keadaan mod membantu sepnjang masa dan balasan Allah telah menjanjikan pulangan sama di dunia atau akhirat (Allah tidak akan meungkiri janjiNya). Dalam perjuangan kita juga sentiasa diuji dengan perbagai kerenah dan cabaran yang menjadikan kita menjadi seorang Islam yang mempunyai jati diri yang kuat dalam usaha menegakkan kalimahNya di bumi. Taerlalu banyak manfaat yang diperolehi di dunia apatah lagi di akhirat oleh mereka meninfakkan diri dalam gerakan Islam. Jangan Takut dan Janagan Berdukacita Allah bersama Kamu (Latakhaf wala tahzan, Innallaha ma’ana).

BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGA(MAJLIS ILMU)

Bila kita menghadiri majlis ilmu, sekurang-kurang 3 perkara yang kita dapat :-
1. Menyedari bahawa masih banyak lagi yang kita belum tahu,
2. Mengingat kembali ilmu yang kita lupa
3. Menyambung ukhwah

MUSAFIR, SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN WAKTU YANG SANGAT KRITIKAL!

Waktu berlepas Airasia dari KLIA2 pada pukul 6.25 pagi. Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat 40 minit sebelum waktu berlepas iaitu jam 5.45 pagi. Masuknya waktu di KLIa2 ialah pukul 5,51 pagi. Peristiwa krikal ini berlaku beberapa hari yang lalu. Pilihan hati ingin kekalkan sola fardu Subuh berjemaah tanpa gagal!. Jadi apa pilihan anda? Pilihan yang diambil ialah bersiap sedia dengan wuduk dan berada di sag depan surau KLIA2. Lima minit sebelum jam 5.51 pagi , azan dikumandangkan dan seminit sebelum jam 5.51 pagi iqamat dilaungkan dan dijangka tamat iqamat tepat jam 5.51 pagi. Tepat 5.51 pagi imam mengambil tempat dan mengimami solat fardu Subuh berjemaah. Perancangan yang teliti menjadi perkara yang sunat(azan dan iqamat tidak ditinggalkan) dan yang wajib solat fardu berjemaah berjaya diamalkan. Tamat waktu solat kira-kira lima minit dengan wirid dan doa sambil berlari anak menuju ke dalamn pesawat dengan penuh kesyukuran dan hebatnya dengan kudratNYA KAMI bukan orang terakhir yang masuk ke perut pesawat! Alhadulillah.

Sungguh Beruntung Orang Yang Ikhlas

Dari Hamzah, dari sebagian anak Ibnu Mas’ud, ia berkata :
” طُوبَى لِمَنْ أَخْلَصَ عِبَادَتَهُ وَدُعَاءَهُ لِلَّهِ وَلَمْ يَشْغَلْ قَلْبَهُ مَا تَرَاهُ عَيْنَاهُ ، وَلَمْ يُنْسِهِ ذِكْرُهُ مَا تَسْمَعُ أُذُنَاهُ ، وَلَمْ يُحْزِنْ نَفْسَهُ مَا أُعْطِيَ غَيْرُهُ ” .
“Sungguh beruntung orang yang memurnikan ibadah dan do’anya untuk Allah. Tidak menyibukkan hatinya, sesuatu yang dilihat oleh kedua matanya. Tidak melalaikannya dari berdzikir, sesuatu yang didengar oleh kedua telinganya. Dan tidak membuat sedih jiwanya, sesuatu yang diberikan Allah kepada selainnya.”
(Al Ikhlas, Ibnu Abi Ad Dunya)

mendidik anak era kini….

?????? hubungan keluarga. akan dihurai