PUASALAH ISNIN DAN KHAMIS

Formula diet 5:2 diakui oleh Pakar Pemakanan Barat sebagai amalan diet yang terbaik.
Maknanya, makan seperti biasa 5 hari seminggu dan puasa 2 hari. Makan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Puasa sehari pada Isnin cukup untuk membakar lemak yang dikumpulkan selama 3 hari sebelumnya. Makan semula Selasa dan Rabu. Puasa pada hari khamis akan membakar lemak yang dikumpulkan pada Selasa dan Rabu.
Dr. Michael Mosley dalam Rancangan BBC bertajuk Eat, Fast and Live Longer mengesahkannya dalam satu kajian yang beliau sendiri sebagai sample kajian.
Puasa 2 hari seminggu membolehkan beliau:
1. Mengawal berat badan
2. Mengawal kandungan gula dalam darah
3. Mengawal kadar kolestrol darah
4. Rasa lebih muda dan bertenaga
Orang Barat baru sedar. Islam ajar 1400 tahun lebih dah.
Info Azmanpedia

DI MANA SEBENARNYA KITA BERADA?

Terkadang terkeliru! Ada insan yang sangat berhati bercakap tentang agamanya Islam. Ramai yang takut ke depan untuk memperjuangkan Islam. Tidak kurang juga sebilangan secara lantang mwmpertikaikan kesyumulan Islam. Anda rasa sebenarnya anda berada di mana? Di Amarikakah, di Republik Chinakah, di Korea Utarakan, atau di negara yahudi Israel? Terkelirukah atau ketakutan? Membiarkan kawan mwnghadapi pelbagai resiko untuk mendaulahkan kesyimulan agama Allah. Sebahagian besar lebih selesa berada di belakang tabir menunggu hasil untuk dipetik hasil usaha mereka mendedah diri mereka dengan pelbagai kesulitan dalam mengharungi untuk toba ke destinasi. Jika kita masih menganggap kita tidak berada di bumi yang sebenarnya kitalah memegang kuasa, maka untuk mendaulatkan kesyumulan Islam masih terlalu jauh. Ayuh saudaraku , beranikan diri anda untuk mengapai syurgaNya.

SUNNAH YANG KECIL JANGAN SEKALI-KALI DIABAIKAN!

Sunnah yang besar bermula dari yang kecil. Memulakan yang kecil menuju yang besar, jarang sekali bermula dari yang besar kemudian yang kecil. Setiap yang difardukan ianya suatu yang besar dan kesahannya berdasarkan yang rukun. Untuk kesempurnaan dan memaksimakan pahalanya ianya memerlukan yang sunnah yang kecil sebagai pelengkap. Sunnah yang kecil semua dapat kita laksana dengan mudah. Kecil di sini bermaksud mudah dilaksanakan bukan pahalanya kecil. Ganjarannya adakalanya menyamai yang rukun jika kena caranya dan istiqamah. Sebagai contoh solat. Rukunnya 13 sahaja, namun pelengkapnya sangat banyak. Daripada yang sekar kepada yang paling mudah. Kedudukan anggota badan yang menepati sunnah sepanjang solah merupakan perlakuan sunnah yang besar ganjarannya di samping melengkapkan lagi iabdat solat kita…..

Doa Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-

doa Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-,
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رِبًا وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ تَرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk, dari istri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku dan dari kawan yang berbuat makar; matanya memandangiku, sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam (sembunyikan) dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya”. [HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) dan Ath-Thobroniy dalam Al-Mu’jam Al-Awsath (no. 1339). Hadits ini dinilai shohih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam Ash-Shohihah (no. 3137)]

Ke mana sebenar hidup kita?

Malamnya berhibur, siangnya bekerja, bersosial, beriadah dan sebagainya. Hari demi hari sehinggalah kita dipanggilNya untuk menanti kehidupan yang kekal abadi. Sebahagiannya melaksanakan ibadat seadanya sebagai melepaskan tanggungjawab, sebahagiannya langsung tidak mempedulikan sebarang ibadah dan sebahagian begitu tekun beribadat. Kenapa wujudnya tiga golongan ini? Apakah tidak yakin dengan kehidupan abadi yang mengurniakan nikmat syurga yang tidak tergambar nikmatnya yang meliputi nikmat jasmaniyang mampu dinikmati apabila kita inginkannya dan rohani yang melibat nafsu syahwat dan sebagainya. hayatilah nikmat syurga dengan nikmat segala nikmatnya serta bidadarinya. Apakah tidak yakin dengan siksa yang tidak tergambar kepedihannya yang berterusan dan tidak ditamatkan kesakitannya dengan kematian sebagaimana kita berada di dunia. Kita perlu keperluan kehidupan sekadar untuk membolehkan kita beribadat. Janganlah sesekali kita bakhir untuk berbelanja di jalanNya, menolong manusia untuk mendapat ganjaran di alam yang tiada lagi kematian. Oleh itu kita kena bersungguh untuk beramal semaksima mungkin secara istiqamah. kita kena juga berusaha semaksima mungkin melawan hawa nafsu yang akan membawa kita kepada siksa yang kekal abdi dan kesakitan yang berpanjangan yang tidak ditamatkan dengan kematian.

SOLAT FARDU BERJEMAAH- PERLU PERANCANGAN MASA DAN TARGET JANGKA PANJANG DAN PENDEK

Melaksanakan solat fardu berjemaah merupa suatu tuntutan…

BERMUSAFIR UNTUK MENDAPAT REDHA-NYA

Kita digalakkan bermusafir untuk melihat kebesaranNya supaya kita dapat mengambil ibrah daripadanya. Harus diingati di antara doa yang diterimaNya ialah doa orang yang bermusafir selagi tujuannya menepati syarak dan terhindar dari melakukan dosa dari sekecil-kecilnya hingga dosa besar. Oleh kerana itu beramallah dengan bersungguh-sungguh serta banyakkan berdoa semasa kita bermusafir agar kepulangan kita menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumNya.Mohonlah sebanyak-banyak keampuanNya tak kala bermusafir apatah lagi semasa kita bermastautin.Mudahan kita semua diampuniNya dan diberkatiNya.

11.00 am
Puri Hotel
K.Kinabalu.