PANDANGAN YANG TIDAK JEMU DAN INGINKU TATAPI SELALU

KAABAH, AL QURAN, IBU DAN BAPAKU, ANAK DAN ISTERIKU,ADIK-ADIKKU, LANGIT DAN LAUTAN YANG BIRU DAN SEMUA YANG RASULKU SUKA.

PERLUNYA AKSESORI DALAM IBADAT

Dalam berpakaian kita bukan sahaja menutup aurat, tetapi juga kita akan menambah bermacam aksesori. Kalau perempuan akan memakai berbagai fesyen tudung supaya kelihatan menarik dan menawan. Begitu juga dalam soal makan dan minum. Kita boleh hidup dengan hanya makan nasi putih dan air sejuk, tetapi kurang menyelerakan. Kita akan adakan berbagai jenis lauk pauk di samping pencuci mulut dan sebagainya supaya makanan yang kita makan seimbang. Hasilnya kita dapat menjalani kehidupan yang sihat. Dalam ibadat juga, kita mesti menambah aksesori supaya ibadat kita lengkap dan sempurna. Solat fardu aksesorinya ialah bacaan yang disunatkan dalam solat dan ditambahkan dengan solat-solat sunat mengiringinya, di samping ianya sebagai aksesori ia juga berfungsi sebagai pelengkap jika berlaku sebarang kekurangan dalam solat fardu tadi. Puasa yang difardukan di bulan Ramadhan aksesorinya ialah puasa sunat enam hari selepas 1 Syawal dan diiringi dengan puasa-puasa sunat pada hari tertentu sepanjang tahun sebagaimana amalan Nabi Muhammad S.A.W. Zakat harta disertai dengan sedekah sebagai aksesorinya. Aksesori lain perlu diamalkan dalam kehidupan harian bagi mendapat keredhaanNya . Di antara aksesorinya ialah zikir, bacaan dan tadabur al Quran, doa-doa harian,solat-solat sunat seperti tahajjud, dhuha, hajat dan seumpamanya serta amalan sunat yang lain sebagai pelengkap kepada ibadat yang difardukan. Sekiranya kita tidak mampu melaksanakannya sekali gus, cuba tambahkan sedikit demi sedikit sebagaimana kita menambah aksesori kereta kita secara berperingkat mengikut kemampuan. Jika ingin kelihatan cantik pada pakaian kita, maka kita pakai bermacam-masam aksesori walaupun agak mahal. Apakah kita tidak mampu mengadakan aksesori dalam ibadat kita supaya sempurna dan Allah menyukainya dan kebayakkannya tanpa sebarang kos pun.

PERBAIKILAH AMALANMU UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH S.W.T

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

(Al-A’raaf 7:56) |

BERAMALLAH DENGAN ILMU

Sejak akhir ini ramai yang berjinak-jinak dengan masjid. Melaksanakan amalan fardu secara konsisten dan jika disertakan dengan ilmu yang cukup hamba ini pasti menemui istiqamah. Konsisten belum lagi istiqmah. Di sebabkan amalannya sekadar ikutan dan pemahaman umum, kadang-kadang kenikmatan akan luntur jika terdapat pengaruh lain yang menggangu konsisten nay dalam ibadatnya. Maka, kita akan dapati amalan kita ada kala menaik, mendatar dan yang lebih malangnya ia tiba-tiba menjunang. Apakah puncanya? Apa yang pasti di antaranya amalan secara ikutan tanpa ilmu dan tanpa berguru. Untuk peningkatan dari konsisten kepada istiqamah, kita perlukan ilmu. Kita perlu muhasabah kualiti amalan kita. Apakah amalan yang kita laksnakan itu menepati kehendak syariah dari aspek rukun dan dalilnya? Untuk memastikan amalan kita selari dengan kehendak Islam, maka kita mesti menambah fan mencari ilmu agar amalan kita yang sudah konsisten itu lebih mantap dan menepati apa yang diperiantahkan dan diajar oleh Nabi Muhammmad S.A.W.

KITA SEMAKIN SIBUK ! BAGAIMANA DENGAN AMALAN ZIKIR KEPADA ALLAH?

Melihat kepada kesibukan sebahagian besar manusia, seolah-olah tiada alam lain selain alam yang dihuninya ini. Kita di saran mencapai KPI dalam perkhidmatan, hasil produktiviti mesti bertambah dari hari ke hari, kesilapan mesti “zero defect” dan lainnya mesti ada peningkatan atau dalam bahasa canggih “anjakan paradigma”. Malangnya untuk alam yang kekal abadi seolah-olah tidak wujud, jemaah solat fardu Subuh merudum KPInya tinggal beberapa kerat yang menghitung menuju ke alam abadi. Apakah punca atau alasannya? Peribahasa Melayu” HENDAK SERIBU DAYA DAN TAK HENDAK SERIBU DALIH” DALIH atau alasan yang selalu diberi bila persoalan akhirat diungkit!. “Kenapa tidak ke masjid? jawapannya “sibuk” walau orang biasa tapi kesibukannya mengalahkan menteri. Apakah tidak boleh sediakan beberapa minit untuk berjemaah fardu Subuh di masjid atau surau berhampiran rumah, berhampiran pejabat atau dalam perjalanan? Apakah tidak mampu menyediakan 15 minit dalam sehari untuk membaca al Quran? Apakah tidak mampu untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekurang 100 selawat sehari yang memakan masa lebih kurang 10 minit? Apakah tidak mampu beritighfar sebanyak 100 kali sehari yang hanya memakan masa tidak sampai 10 minit?Apakah tidak boleh kita sediakan beberapa minit untuk berzikir memuji kebesaran Ilahi? Apakah payah bagi kita bangun pagi 15 minit lebih awal untuk menunaikan solat tahajud 2 rakaan dan sekurang-kurang satu rakaat witir? Apakah tidak mampu kita sediakan sekitar 5 minit untuk melaksanakan solat dhuha? Miskin sangatkah kita untuk bersedekah dan membantu ibu bapa dan orang miskin seringgit dua secara konsisten? Penat sangatkah kita untuk mengamalkan puasa Isnin atau Khamis atau keduanya dalam seminggu? Sibuk sangatkah kita untuk meluangkan masa 1 atau 2 jam seminggu untuk majlis ilmu? Berapa banyak saham atau keuntungan yang kita dapat  dalam sehari jika asyik berkata perkara yang sia-sia? Susah sangatkan untuk berada dalam situasi bersih dengan mengekal air sembahyang sepanjang masa? Susah sangatkah untuk mencoret sepatah dua kata berbentuk dakwah sama ada melalui penulisan atau bicara kata?Susah sangatkah menghafal dan mengamalkan doa bangun dari tidur, doa masuk dan keluar tandas, doa perjalanan ke masjid, doa masuk dan keluar masjid, doa keluar dan masuk rumah, dan doa-doa harian yang lain yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W?  Jika anda hafal dan amalkan secara istiqamah ianya akan menjadi kebiasaan seperti doa yang jarang orang tidak hafal iaitu doa “MAKAN” . Jadikanlah amalan harian secara istiqamah sebagai makan rohani seperti” makan” yang kita istiqamah tidak dalam apa situasi sekalipun.

Semua di atas anda boleh lakukan di mana sahaja kerana Allah telah menyediakan ruang dan masa yang luas. Contohnya  manfaaatkan masa perjalanan ke sesuatu destinasi, menunggu sesuatu dan sebagainya. Apabila anda mencuba baru anda sedar sebenarnya dalam kesibukan anda, Allah menyediakan lebih banyak masa untuk beribadah kepada. Ingat ALLAH MAHA PENYAYANG terhadap hambaNya.

JIKA SEMUANYA ANDA JAWAB YA DAN AKAN ANDA LAKUKANNYA  MAKA ANDA SEDANG MENUJU UNTUK MENJADI SEORANG YANG SOLEH.

Pertanyaan di atas untuk diri sendiri dan yang ingin merasai nikmat iman.

UNTUK MENCAPAI ISTIQAMAH

Amalkan ilmu yang diperolehi secara berterusan. Akhirnya Allah akan membantu kita melaksana setiap ibadah yang telah kita laksanakan secara istiqamah. Jika kita hamba yang telah istiqamah solat fardu subuh secara berjemaah, sudah pasti dengan iziNya kita tidak akan meninggalkan lagi, begitu juga dengan amalan sunat.

METHOD DAKWAH – Siapa sahaja mampu berdakwah

Semua muslim mampu berdakwah. Sampaikan walau satu ayat. Sabda tersebut menggambarkan kepada umatnya supaya berdakwah. Bagi yang berilmu agama dan berbakat dalam penyampaian lisan, sampaiakan dakwah dengan ilmu dan kebolehanmu, baki yang berilmu tapi tidak mempunyai kemampuan berpidato sampaikan dengan hubungan induvidu atau penulisan, manakala yang memahami agama melalui mereka yang berilmu sampaikan melalui hubungan individu yang boleh diselitkan dalam tuturkata atau perbuatan yang menyenangkan individu lain atau dengan apa cara sekalipun. Niatkanlah dalam hati bahawa ini satu dakwah yang mampu aku laksanakan. Biarlah kita berdakwah kepada seorang atau beberapa orang sahaja yang penting dakwah itu sampai dan diamalkan oleh mereka. Ini menandakan anda telah berdakwah dengan cara anda dan sama ada berjaya atau tidak, yang pasti niat dan tindakan akan mendapat pahala dakwah. Sentiasa doakan mereka (VIP dan manusia lain). Cubalah….. Pada satu masa nanti pasti anda akan menjadi guru dalam Masjidil Haram apabila anda mengambil kesempatan berdakwah dengan salah satu cara di atas semasa di sana. Cubalah….. mahukah anda Allah catatkan di dalam kitab amal bahawa anda pernah mengajar di Masjidil Haram dan Madinahtumunawarah walau satu ayat. Cubalah…