Novel yang patut dibaca

Itulah novel ISABELLA.

Sebuah novel karangan Maulana Mohammad Saeed. “A Novel Based on a Comparative Study of Islam and Christianity”.

“Personal experiences of Christian girl, daughter of the head priest of Cordova, the historical city of Spain. She studied Christianity and tested it by its basic teachings. A time came when she understood the misguidance and disruption of Christianity when the reality was revealed to her and she abandoned Christian faith and embraced Islam. She faced bravely and willingly the hardships and tortures of her father, the head priest, her teacher, who gave her of Christianity and other fellow citizens. A worth reading and notable book, which enhances your knowledge.”

Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

Ciri dan Rukun penerimaan Ibadah

1)                              

  • Ikhlas kerana Allah SWT .  Firman Allah SWT : Al-Bayyinah : 5

  • Ia adalah tali hubungan di antara khaliq dan makhluq. Dalil : Al-Baqarah : 186

  • Mesti bertepatan dengan apa yang di ajar perintah oleh Allah SWT dan praktikal oleh Rasulullah SAW. Ibadah termasuk dalam hal ‘Tawqifiah’ Iaitu sesuatu perkara yang diterima secara spesifik oleh Allah dan RasulNya, maka ruang berijtihad dalam hal bentuk ibadah adalah sangat terhad dan hampir-hampir tiada.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh Imam Fudhail bin Iyadh ketika ditanya tentang tafsiran ayat : ليبلوكم أيكم أحسن عملا

Ertinya : “….Untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya di antara kamu ..”(Al-Mulk : 2)

 

 

Maka beliau menjawab : ما أخلصه وأصوبه  Ertinya : “ amalan yang terbaik itu adalah yang paling ikhlas dan paling tepat”Kemudian beliau menerangkan pula maksud katanya tadi seperti berikut : “Sesuatu yang paling ikhlas adalah ; iaitu sesuatu yang dilakukan kerana Allah; manakala yang paling tepat ; yang menepati sunnah “ ·                                  

·                                

Nabi SAW melarang mereka cipta bentuk ibadah tanpa asas dan dalil. Sebagaimana Sabda Nabi : “من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردErtinya : Barangsiapa yang mereka cipta dalam hal urusan agama kami (Islam) yang tiada kaitan dari ajaran Islam, MAKA IA ADALAH DITOLAK” 

Dipetik dari Zaharuddin net.

Salam dari Melaka

25 Januari 2008. Ke MMU University-Daftar Izzi

7 Kalimat untuk diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

PENYAKIT LUPA

Antara penyebabnya adalah: –

– Makan kepala ikan
– Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
– Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
– Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
– Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil “dopamin” akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-
– Buah anggur hitam
– Madu lebah
– Halia
– Buah badam
– Susu
– Air zam zam
– Kismis
– Jus karot & madu
– Epal
– Kurma
– Ikan tuna
– Tempe
– Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Kenapa Kita di Uji

Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang … bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih… dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita…….

KENAPA AKU DIUJI ?

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ”

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

” Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ….. ”
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

” ….. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. ”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

” ….. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ”

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah………. sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan….. kerana ialah penawar….. penawar untuk kita……… marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran….. kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya…….. semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana….

wassalam…..

Syukran Jazilan ..

Dengan siapa kamu duduk

Sekadar renungan …

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama’ maka bertambahlah ilmu dan waraknya

DOA seorang AYAH dan SUAMI

ERTI DOA YANG SEBENAR

furqan74ii.jpg

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”