Blog

HUKUMAN MANUSIA ATAU BALASAN ALLAH ?

addafi akhirnya mati ditembak
FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam.- Reuters

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.

Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.

NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.

Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.

NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.

Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.

Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.

Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”

Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.

Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.

Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.

“Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.

Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC.

“Mayat Gaddafi bersama dengan unit kami di dalam sebuah kereta dan kami membawa mayat tersebut ke sebuah lokasi rahsia atas alasan keselamatan,” kata pegawai itu, Mohamed Abdel Kafi.

Bagaimanapun, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa mayat Gaddafi telah tiba di Misrata.

Stesen televisyen satelit Al- Jazeera me laporkan jenazah Gaddafi kemudian ditempatkan di sebuah masjid di bandar Misrata, barat daya Libya.

Stesen-stesen televisyen dan beberapa saluran lain menunjukkan imej askar-askar mengelilingi sebuah lubang paip besar di bawah lebuh raya iaitu lokasi tempat Gaddafi ditemui dan membuat rayuan supaya dia jangan ditembak.

Sementara itu, anak kelima Gaddafi, Moutassem dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi ditangkap semalam di pelabuhan Sirte.

Kedua-duanya dibawa dari Sirte ke Misrata yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Tripoli.

Stesen-stesen televisyen di seluruh dunia menyiarkan Gaddafi selepas NTC menyatakan bahawa dia terbunuh.

Seorang pegawai NTC kemudian mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah Gaddafi.

SEORANG penyokong Muammar Gaddafi ditangkap oleh para pejuang antipemimpin itu di tengah Sirte semalam.- Reuters

Gambar itu yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan wajah yang pucat, berdarah dan mata hampir tertutup mirip Gaddafi.

Foto tersebut menunjukkan rambut kerinting halus dan struktur muka mirip Gaddafi.

Ketika gambar tersebut disiarkan, masih tidak jelas sama ada dia masih hidup atau cedera.

Foto tersebut menunjukkan terdapat darah dari bahagian mulutnya.

Adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi para pejuang Gaddafi merakamkan gambar di lokasi pertempuran.

Seorang lagi pegawai tentera Libya mengesahkan bahawa satu foto yang menunjukan seorang lelaki yang mirip Gaddafi mati itu dan disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera adalah Gaddafi yang sebenar.

Pegawai itu iaitu anggota jawatankuasa keselamatan NTC di Tripoli, Kolonel Mostafa Noah berkata: “Ya, itu adalah betul.”

Bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis dilaporkan turut terbunuh di pelabuhan Sirte, menurut stesen televisyen Free Libya.

Stesen itu menunjukkan gambar Abu Bakr dengan kecederaan di bahagian dada.

Menurut laporan media, Abu Bakr mengiringi Gaddafi semasa dia terbunuh.

Gaddafi dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung dakwaan membunuh sejumlah orang awam.

Rejim pemerintahannya tumbang pada 23 Ogos lalu selepas memerintah selama 42 tahun di negara yang kaya dengan minyak itu.

Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.

Ketika itu, Gaddafi merupakan seorang pegawai tentera Libya.

Kebangkitan di Libya untuk menumbangkan Gaddafi bermula di bandar Benghazi menerusi tunjuk perasaan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya pada Februari lalu.

Tunjuk perasaan itu mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tidak lagi berkuasa.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran dalam kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.

Kematian Gaddafi itu menyebabkan NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka bertempur selama lapan bulan.

– Agensi

Categories: Knowledge | Leave a comment

Makim SOLAT Makin Malas???

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah…

Marilah kita berMUHASABAH

Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin…hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain..

Dipetik daripada www.iluvislam.com

Categories: Knowledge | Leave a comment

Ingin tahu tahap iman anda samada naik, ’maintain’ atau turun? Lengkapkan soal-selidik ini!

Dari : www.asraffayob.com

Ketika merekabentuk soal-selidik ini, saya teringatkan perbualan dengan seorang kenalan yang kononnya menganggap dengan berulang alik ke masjid, berpuasa dan menunaikan zakat sambil mengerjakan umrah sekali setahun, dia layak menempah bilik di syurga. Saya kemudiannya mengatakan tidak semudah itu untuk membeli tiket syurga. Tetapi atas beberapa alasan ringan dia membantah. Lalu saya bertanyakan padanya soalan-soalan berikut :

“Pernahkah anda khatam Al-Quran sebulan sekali?” – Tidak

“Pernahkah anda melazimi puasa sunat Isnin Khamis?” – Tidak

“Pernahkah solat anda mencapai tahap ‘syok’ seperti Saidina Ali yang sangat khusyuk sehingga anak panah yang dicabutkan dari tubuhnya pun tidak terasa?” – Sangat tidak pernah.

“Adakah anda menghafaz nama Allah Asmaul Husna serta mengetahui maknanya?” – Hanya sedikit sahaja.

“Adakah sedekah anda mencapai 1/100 dari pendapatan tahunan anda ?” – Kurang dari itu.

“Adakah tahap pengetahuan anda mengenai kehidupan Rasul dan sahabat melebihi dari gosip artis, cerita politik dan filem wayang terbaru ?” – Jauh sekali.

“Pernahkah anda beristighfar sekurangnya 70 kali sehari seperti Rasulullah ?” – Suku dari itu.

http://www.asraffayob.com/iman.jpg

“Bagaimanakah ingatan anda kepada Rasulullah ? Adakah anda melazimi selawat?” – Kadang-kadang, ketika selepas solat sahaja.

“Bagaimanakah persekitaran kehidupan anda? Adakah ia dipenuhi dengan kegiatan ilmu atau tontonan televisyen, gosip akhbar dan radio sahaja?” – Malu untuk menjawab

.

“Kalau mahu dikira, berapa peratuskah waktu 24 jam anda digunakan untuk dunia dan berapakah darinya digunakan untuk ibadah?” – Takut untuk mengira.

“Soalan terakhir “Adakah anda merasakan sejak akhir-akhir ini, anda semakin dekat atau semakin jauh dari Allah ?” – Terus terdiam.

Jika jawapannya semua ‘tidak’ atau berunsur negatif sahaja, maka anda perlu memerhatikan semula ayat dibawah ini :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. Surah Ali-Imran, ayat 142

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabut, 2-3.

Nampaknya kita ingin membeli syurga dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu jujur, kita sering sekali beribadah kepada Allah dengan ibadah yang ‘serba sisa’. Waktu solat diambil dari sisa waktu menonton televisyen atau sisa waktu berhibur. Sedekah dikeluarkan dari sisa duit kecil dari poket. Zikir diucapkan hanya kerana taubat dari maksiat, bukan zikir kerana syukur. Umrah hanya dilaksanakan setelah puas mengelilingi dunia. Masjid hanya dikunjungi setelah sampai usia pencen. Quran hanya disentuh ketika bulan Ramadan, dan banyak lagi.

Mungkin kita tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan ini. Saya tidak bermaksud semua umat islam sebegitu tetapi inilah realiti sebahagian besar dari kita. Ibadah dilakukan serba sisa, tetapi cita-cita menempah syurga menggunung tinggi. Kita melakukan amal ibadah, tetapi ibadah kita yang sedikit itu mengandungi terlalu banyak virus seperti perasaan riya’ (berbangga serta kurangnya keikhlasan) dan perasaan ‘ujub (takjub akan kehebatan diri sendiri).

Hakikatnya, kita perlu meneliti kembali urutan diari kehidupan. Saya tidak mengatakan anda perlu menempah tiket ke Palestin untuk menjadi pejuang. Kita masih belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Tetapi kita perlu menyusun kembali prioriti kehidupan dengan pengisian yang berkualiti tinggi serta seikhlas mungkin.

Soal-selidik ini mungkin boleh mencetuskan sedikit pedoman untuk kita menilai kembali tahap hubungan dengan Ilahi. Setiap pertanyaan yang diajukan didalamnya amat berguna untuk menyedarkan sesetengah dari kita agar tidak terus terlelap dengan sikap ’Rileks’, iaitu menerima peng’Islam’an dan Al-Quran sebagai rutin biasa. Kita bukan sekadar khalifah yang mencari rezeki, tetapi kita juga menyandang status ‘hamba’ yang perlu sentiasa menjalankan proses ‘auditing’ – pemeriksaan tahap iman dan kualiti amalan yang dikerjakan seharian.

Soal selidik ini saya bina dengan bantuan sahabat saya iaitu En. Sabri Mamat, seorang yang amat berkemahiran dalam bidang kaunseling islam. Setiap jawapan soalan ini dibahagikan kepada 5 skala untuk menilai diri anda, iaitu :

TP : tidak pernah

SS : sekali-sekala

AK : Agak kerap

K : kerapkali

S : sentiasa

Interpertasi skornya pula ada 3 iaitu :

1 : Rendah

2 : Sederhana

3 : Tinggi

=========================================.

Soal-selidik yang mengandungi 40 soalan beserta skala pemarkahan & interpertasinya boleh didapati dalam ebook Quranology. Layari www.kaedahjibril.com untuk keterangan lanjut.

Share/Save/Bookmark
Posted in Hafazan A to Z
« 14 Senarai ‘the best film’ koleksi ‘wajib tonton’ saya….
Surah Kahfi 1 : Rasa bosan asyik lepak di ‘shopping complex’ aje? Apa kata, jom kita masuk gua! »
You can leave a response, or trackback from your own site.

Categories: Knowledge | Leave a comment

Pendeta yang memeluk Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Umat islam melawat Gua Hira’ tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu Allah yang pertama.

SAYA menerima anugerah gelaran yang sangat mulia, iaitu Bhagwan (tuhan) daripada pengikut-pengikut saya. Tetapi saat itulah sebenarnya saya berada dalam kesesatan dan kegelapan dan saya tercari-cari cahaya untuk keluar daripada kegelapan itu,” katanya.

Dr. Maharaj atau nama sebenarnya Achariya Mahant Dr. Shri Shakti Saroopji Maharaj Adasin Dharmachariya Odai Shakti bukan sahaja penganut Hindu sebelum memeluk Islam tetapi beliau sebenarnya tokoh Hindu terkemuka di India.

Sami atau pendeta besar yang bertahun-tahun lamanya berkhidmat di kuil-kuil besar termasuk di Kuil Ban Khand Ashram Brindaban di Mathura, Uttar Pradesh di utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Tugasnya melatih pendeta-pendeta untuk menyebarkan agama itu.

Begitu pun tidak sahaja tugas tersebut sebagai meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan (dilahirkan dalam keluarga Guru Nanak Vedi Wanash). Bahkan beliau amat berilmu kerana mempunyai pelbagai kelulusan akademik dalam pengajian agama.

Ini termasuk pemegang sarjana dalam pengajian Orientalism dari Universiti Allahabad India, sehinggalah Doctor Of Divinity dari Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau turut boleh bertutur dan menulis dalam 12 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Sanskrit, Greek, Dibro, Prakirit, Pali, Gurmukhi, Marhathi, Gujrati, Urdu dan juga Bahasa Arab.

Semua itu adalah kelebihan untuk beliau menguasai pengetahuan mengenai 10 agama besar dunia yang lain terutamanya Kristian dan Islam itu sendiri.

Kehebatan itu menyebabkan banyak pihak cuba menguji beliau. Paling menarik apabila Dr. Maharaj mendapat pengiktirafan tinggi oleh pusat Gereja Roman Katholik (Vatican City) apabila beliau mendapat undangan khas Pope, Paul VI pada tahun 1981.

“Atas undangan khas itu, mereka sebenarnya cuba memberi tekanan yang cukup hebat apabila saya dikehendaki bercakap tujuh topik berbeza atas pengetahuan yang saya miliki mengenai Kristian.

“Saya berjaya membuatkan mereka berpuas hati dengan hujah-hujah sehinggakan saya dianugerahi gelaran dan penghormatan khas menjadi warga Vatican City sebagai satu usaha untuk menarik saya untuk memeluk Kristian.

“Tetapi secara peribadi saya sama sekali tidak tertarik bertukar agama malah pulang semula ke India,” katanya.

Sebenarnya, beliau lebih terpengaruh dengan ajaran Islam walaupun berjaya memuaskan pihak Vatican atas pengetahuan luasnya terhadap ajaran Kristian.

Pada tahun yang sama (1981) beliau menyampaikan syarahan dalam pertemuan di Kuil Ashram Param Dham yang turut dihadiri tokoh-tokoh agama Hindu yang lain.

Ini termasuklah Dada Dharam Adhikari yang secara tiba-tiba mengajukan satu soalan kepada Dr. Maharaj.

“Swami Ji, anda telah mengenali dan mempelajari pelbagai agama yang ada di dunia ini. Pada pandangan awak sekarang, dalam banyak-banyak agama, agama manakah yang awak rasa paling baik untuk dianuti oleh seluruh manusia?”

Soalan yang tidak disangka-sangka itu dijawab pendek tetapi tegas oleh Dr. Maharaj: “Islam”.

“Tetapi Islam sebuah agama yang mengongkong umatnya,” tanya Dada Dharam yang lebih terkejut dengan jawapan Dr. Maharaj.

Dr. Maharaj pun menjawab: “agama yang disebut sebagai sangat mengongkong itu, agama itu jugalah memberi kebebasan kepada umatnya. Malah sebenarnya agama yang dianggap tidak mengongkong manusia itulah menyebabkan penganutnya menjadi tidak bebas, terikat kepada pelbagai peraturan dan ajaran yang tidak masuk akal.

“Pada hakikatnya, manusia memerlukan agama yang mengongkong kehidupan supaya kehidupan mereka di dunia ini teratur dan aman dari segala macam masalah dan godaan duniawi tetapi kesudahannya menikmati kebebasan sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat kelak.

“Bagi saya Islamlah, satu-satunya agama yang memenuhi segala kualiti sebagai agama yang paling baik”.

Jawapan itu sangat mengejutkan tetapi dianggap tidak lebih daripada sebagai pengetahuan semata-mata. Sedangkan bagi Dr. Maharaj ia tidak lebih peperangan dalam diri yang membawakan beliau akhirnya menyerahkan diri kepada Islam, sebagai satu kemenangan besar yang mengeluarkan dirinya daripada kesesatan.

Begitulah kesannya apabila ilmu dikuasai. Walaupun pelbagai agama dikenali dan dipelajari namun ia tidak membuatkan hati Dr. Maharaj menjadi berbelah bagi. Malah yang beliau temui adalah kekuasaan Allah. Lebih-lebih lagi Allah dan kisah Nabi Muhammad ada disebutkan dalam agama-agama yang beliau kaji.

“Kecuali dalam ajaran Buddha dan Jainism, dalam semua ajaran agama yang lain ada disebutkan mengenai nama Allah dan Mohamad atau Ahmad. Malah dalam kitab Hindu sendiri, perkataan Ala terdapat di Bab Pertama dalam Rig Veda yang menjadi permulaan kepada empat huruf nama Allah itu.

“Begitu juga persamaan ‘Moha-mmad’ dan ‘Ah-mad’ untuk Nabi Muhammad dan Ahmad dan ‘Kurdha-noo’ turut digunakan dalam kitab Rig Veda yang merujuk kepada kitab suci al-Quran,” ujarnya.

Categories: Knowledge | Leave a comment

DIMANA TAHAP KEWANGAN ANDA

Di manakah tahap kewangan anda?
Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [11] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
Di mana tahap kewangan anda
Satu jam seminggu
Perniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?
Tip kewangan!

Categories: Knowledge | Leave a comment

SUSUN GALUR KETURUNANKU

Sebelah ibu
DIRIKU
CHE RAHMAH (IBU)
AHMAD
WANIK
MAMAT
SULAIMAN
YAMAN
BASA(KETURUNAN SIAM)
TO’WI

SEBELAH BAPA
DIRIKU
ABDULLAH
HARUN
AWANG BESAR
MERAH

UNTUK CATATAN ANAK CUCUKU

Categories: Knowledge | Leave a comment

MENJADI ORANG YANG BERSYUKUR

Menjadi Orang Yang Bersyukur

Al-Imam Ibn al-Jawzi dalam kitabnya Minhaj al-Qasidin menerangkan tentang cara-cara bersyukur, antaranya;
i. Syukur lisan dengan melafazkan hamdalah (alhamdulillah).
ii. Syukur hati dengan reda kepada Allah SWT atas apa yang diberi dan apa yang diambil kembali.
iii. Syukur amalan dengan cara melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat.

Tiga perkara ini nampak mudah untuk diamalkan. Tetapi bagaimanakah dengan realiti sebenar jika kita berhadapan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan? Untuk itu ambillah pengajaran daripada orang-orang yang soleh bagaimana cara mereka menterjemahkan syukur kepada Allah. Berikut ini diperturunkan catatan mengenai suri tauladan berkenaan.

1. Syukur kerana anugerah Iman dan Islam.
Peristiwa ini berlaku pada saat pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) selepas selesai Peperangan Hunain. Peperangan ini terjadi selepas pembukaan kota suci Makkah.

Sahih al-Bukhari merekodkan daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW membahagi-bahagikan harta kepada orang-orang Muhajirin sebanyak seratus ekor unta setiap seorang, dan baginda tidak membahagikannya untuk orang-orang Ansar. Berkata sebahagian orang-orang Ansar: “Sesungguhnya Rasulullah SAW hanya memberi kepada orang-orang Quraisy, sedangkan kami tidak diberi, padahal pedang-pedang kami masih berlumuran darah. Mudah-mudahan Allah mengampuni kekeliruan baginda SAW.” Cakap-cakap mereka ini akhirnya terdengar oleh Nabi SAW. Bagindapun memanggil semua orang Ansar. Baginda bersabda: “Wahai orang-orang Ansar! Bukankah kamu telah mempercayai aku ketika orang-orang lain mendustakan aku? Bukankah kamu telah melindungi aku ketika orang-orang lain menghalau aku? Dan bukankah kamu telah membela aku ketika orang-orang menghinakan aku?“ Mereka serentak menjawab dengan berlinangan air mata: “Untuk Allah dan Rasul-Nya anugerah itu.“ Kemudian Rasulullah meninggikan kalimahnya: “Bukankah dahulu aku dapati kamu dalam kesesatan lalu Allah memberi hidayah kepada kamu dengan kedatangan aku? Bukankah dahulu aku dapati kamu dalam keadaan fakir lalu Allah SWT memberikan kecukupan kepada kamu dengan kedatangan aku? Bukankah dahulu kamu dalam keadaan bermusuhan lalu Allah menyatukan hati kamu dengan kedatangan aku?“ Kata-kata itu begitu menusuk ke hati mereka. Mereka bertambah sedih mendengar pertanyaan Rasulullah SAW yang bertalu-talu. Dalam esakan dan tangisan mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah.” Kemudian Nabi SAW meninggikan lagi suaranya: “Wahai orang-orang Ansar! Tidak relakah kamu jika orang-orang Muhajirin itu pergi dengan membawa unta sedangkan kamu pergi dengan membawa Rasulullah? Demi Allah, kepergian kamu membawa Rasulullah adalah lebih baik dari kepergian mereka membawa unta itu. Sesungguhnya kamu telah mendapat inti sedangkan mereka mendapat kulit luarnya sahaja. Demi Allah, seandainya aku harus melalui suatu jalan, sesungguhnya akan aku lalui jalan yang kamu lalui. Mudah-mudahan Allah mengampuni dan merahmati kamu, wahai orang-orang Ansar beserta anak-anak dan cucu-cucu kamu.” Mendengar kesungguhan Rasulullah SAW menyatakan isi hati baginda yang begitu tulus, mereka semua bertangisan dan menjawab berulang-ulang: “Kami rela Allah sebagai Tuhan kami dan Muhammad sebagai Nabi kami!

Begitulah kesyukuran yang ditunjukkan. Ia mengalir dari hati yang jernih, menenangkan seluruh jasad dan menundukkan pemikiran logik di bawah kuasa hati yang reda. Sesungguhnya nikmat yang paling besar ialah Iman dan Islam yang dilimpahkan ke dalam hati manusia.

2. Syukur kerana nikmat harta.
Pembukaan istana Kisra Parsi, Iwan Putih yang bertatahkan emas permata oleh Panglima Tentera Mukmin dan bala tenteranya yang saleh turut mengajar erti kesyukuran. Beliau ialah panglima yang gagah lagi berani, Saidina Saad bin Abi Waqqash RA.

Setelah berjaya memasuki Istana Kisra, beliau lantas mengagungkan Allah SWT dengan sebaik-baik laungan: “Allahu Akbar!”. Ketika melihat kilauan gemerlapan emas dan permata yang menghiasi istana itu, ingatannya terus menerpa kepada firman Allah yang terus dialunkannya dengan suara yang penuh kekhusyukkan dan tangisan tanda kesyukuran. Ayat itu bermaksud: “Alangkah banyaknya taman-taman dan mata air yang mereka tinggalkan, dan kebun-kebun serta tempat yang indah-indah, dan keseronokan-keseronokan yang mereka nikmati. Demikianlah kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh. (Surah Al-Dukhan: Ayat 25-29)

Ayat ini begitu menyentuh jiwa, mengingatkan kita tentang nikmat harta yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya. Tetapi adakah kita memiliki perasaan sama seperti Saidina Saad atau mungkinkah kita sama seperti mantan penghuni Istana Kisra itu? Kedua-duanya mempunyai persepsi berlainan tentang anugerah harta. Harta yang berkat memiliki ciri-cirinya yang tersendiri, iaitu;
i. Apabila diperoleh ia dapat membuat kita bersyukur.
ii. Apabila diambil ia menjadikan kita hamba yang reda.
iii. Ia tidak melalaikan dari mengingati Allah.
iv. Ia bukan menjadi alat untuk bermaksiat tetapi menjadi wasilah untuk beribadat.

3. Syukur kerana nikmat sihat.
Al-Imam al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu olehnya iaitu, nikmat sihat dan masa lapang.” Kisah yang dipaparkan ini dipetik daripada buku Ihfazilllah Yahfazuka karya Dr ‘Aidh al-Qarni.

Suatu hari seorang lelaki miskin mengeluh: “Ya Allah! Engkau telah membuatku miskin sedangkan Engkau membuat si polan kaya.” Lalu iapun tertidur dalam keadaan bersedih. Lelaki itu bermimpi bertemu dengan orang soleh yang berkata kepadanya: “Wahai si polan, mahukah kamu menjual penglihatanmu kepadaku dengan harga seratus ribu dinar? Jawabnya: “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi: “Mahukah kamu menjual kepadaku pendengaranmu, kaki dan tanganmu masing-masing seharga seratus ribu dinar?” Maka iapun menghitung-hitung harga yang disebutkan tadi. Lelaki itu berkata: “Maha suci Allah Sesungguhnya kamu memiliki ratusan ribu dinar tetapi kamu tidak mensyukurinya dan kamu masih mengharapkan semoga Allah memberi rezeki kepadamu lagi? Maka diapun tersedar dari tidurnya sambil menangis dan berkata: “Bagimu segala puji wahai Tuhanku.”

Bersyukur dengan nikmat sihat cukup membuat kita kaya raya sementara orang yang sakit hanya dicengkam ketakutan dengan soalan ‘siapa yang akan mewarisi hartanya itu?’.

Kita semua dijadikan sebagai makhluk yang miskin, lalai dan tidak memahami sesuatu pun tetapi Allah menganugerahkan kita dengan harta, ilmu dan iman. Belum cukupkah itu semua untuk menjadikan kita hamba-Nya yang bersyukur? Hitunglah nikmat Allah pada setiap tarikan nafas dan hembuskannya dengan syukur yang tak terhingga. Ingatlah ketika Rasulullah SAW bangun sembahyang pada waktu malam hingga bengkak kedua kaki baginda, padahal syurga berada di genggamannya dan kedudukan kekasih Allah menjadi sebutan baginya, namun tiada kalimah seindah sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?”

Categories: Knowledge | Leave a comment