ZIKIR HARIAN YANG PERLU DIAMAL SECARA ISTIQAMAH

Setiap detik nafas berhembus seharusnya diisi dengan zikir (mengingatiNya), kita sebagai hamba yang tersangat lemah mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Namun, jika kita dapat amalkan semua, jangan abaikan semua! Dalam perjalanan kehidupan seharian yang pada bila-bila masa kehidupan kita akan ditamatkan, maka biarlah pengakhiran kita dengan bibir kita dibasahi dengan zikrullah. Mana yang mampu laksanakanlah secara istiqamah di samping membuat penambahan dari masa ke semasa.
Di antara zikir yang mampu kita amalakan secara istiqamah setiap ialah:
istighfar ( sekurang-kurang 100X)
tahlil (100x)
Zikir pagi dan petang atau (almathurat)
Zikir selepas solat fardu
selawat ke atas Nabi Sallahu ‘alaiwasallam
Tadarus (sekurang-kurang 100 ayat)
Surah alfatihah (100X)
Tadabur (sekurang-kurang 1 ayat sehari)
Menghadiri majlis ilmu sekurang 5 minit sehari ( Sebagai contoh hidupkan membaca hadis atau tafsir/fiqh/sebagainya selepas solat fardu Subuh sekurang-kurang 5 minit setiap hari)
Menghafar ayat lazim setiap hari
Membaca surah awaqiah/almulk/alsajah setiap hari
dan lain yang termampu.
amalkanlah secara istiqamah cadangan di atas secara beransur-ansur dan tambahkan yang lain sebagai yang dituntut syara’.

Leave a Reply