YANG SIA-SIA DAN YANG BERPAHALA

MANUSIA akan diganjari tiga perkara: 1. Pahala, 2. Tidak dapat apa-apa(sia-sia) 3. Dosa. Menunggu sesuatu dengan termenung sahaja atau berbual kosong maka masa berlalu dengan sia-sia, jika diisi dengan zikir atau membayangkan kebesaranNya akan diganjari pahala. Memandu sambil menyanyi atau khayal (fikiran di awangan) kenderaan berjalan dan masa berlalu dengan sia-sia, jika mulut dibasahi dengan zikir atau mata memandang kebesaran Illahi, maka akan diganjari pahala. Ingat setiap amalan yang diluar daripada yang diwajibkan atau difardukan jika dipenuhi dengan zikrullah kita akan diberi pahala.Begitulah sebaliknya iaitu tanpa mengingatiNya sepanjang masa, maka masa tersebut akan berlalu dengan sia-sia apatah lagi jika diisi dengan dosa.

Leave a Reply