YAKIN PLUS KESUNGGUHAN DALAM BERAMAL

Kita kena yakin ganjaran yang Allah janji serta kesungguhan akan membawa kepada beramal. Yakin ganjaran yang sebenar ialah di akhirat, kerana ganjaran dunia hanyalah fana, manakala ganjaran di akhiratlah yang kekal abadi. Ini kerana ganjaran di dunia tidak semesti kita dapat nampak dengan pancaindera dan kadang-kadang tidak kita sedarpun. Ini adalah ujian daripadaNya tentang keyakinan dan kesabaran hambaNya untuk ISTIQAMAH beribadat. Misalnya ganjaran solat berjemaah sebanyak 27 pahala yang tidak sama dengan diberikan wang sebanyak RM27.00. Kita kena yakin 27 ganjaran di akhirat serta ganjaran di dunia yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH MAHA PEMURAH. Kaum kuffar yang memusuhiNya juga dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ini, apatah lagi hambaNya yang taat!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Austin roofing - Trackback on 2016/06/20/ 16:49