YAKIN DAN LAKSANAKANLAH SURUHANNYA!

Keyakinanlah yang membuatkan melakasanakan suruhanNya . Kita laksanakan solat fardu kerana kita yakin itu perintahNya . Kita berpuasa di bulan Ramadhan dengan sanggup menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa kerana keyakinan kita kepada perintahNya . Kita sanggup mengeluar ribuan dan berkorban apa saja untuk mengerjakan ibadat haji ialah kerana kita yakin itu adalah perintahNya . Kita keluarkan harta kesayangan kita yang kita usahakan dengan bertungkus lumus untuk menunaikan zakat kerana yakin terhadap suruhanNya . Kita yakin suruhanNya dan kita yakin ganjaran yang dijanjiNya . Begitu juga dengan amalan sunat seperti solat sunat, umrah, zikir, sedekah, berdoa dan sebagainya adalah kerana yakin GANJARAN yang dijanjiNya sebagai tanda tamat kita kepada perintahNya.  Jadi, kita kena yakin semua suruahaNya samada yang difardukan, diwajibkan atau disunatkan dengan mengamalkan semua suruhanNya. Kita betusaha melaksanakan semua suruhan secara tahap bertahap secara istiqamah sehinggalah semua suruhan kita laksanakan secara istiqamah . Kita kena berusaha dengan BERSUNGGUH dan maksima mungkin dengan matlamat akhir untuk melaksanakan semua suruhanNya.

Leave a Reply