YA ALLAH, AKU INGIN JADI ORANG YANG SABAR!

Sifat sabar adalah suatu sifat yang “Mesti” ada pada setiap insan yang bergelar “Mukmin” bagi meneruskan Kehidupan dan Menggamit kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.(http://sinaranpelangipetang.blogspot.com). Sesungguhnya sifat sabar bukanlah mudah untuk diamalkan. Sabar untuk marah apabila diri dicabar atau tercabar bukanlah suatu yang mudah untuk diamalkan. Sifat syaitan seperti ego dan tidak mahu kalah sering mendepani apabila diri tercabar. Walau sebenarnya kita tidak akan rugi apa-apa pun jika kita bersabar. Buruk padahnya jika sifat tidak sabar menguasai diri kita. Penyesalan, kerugian dan dosa merupakan kemungkinan besar yang akan kita perolehi. Sudahlah tidak sabar dalam beribadat kepadanya. Tidak sabar untuk solat yang sempurna yang mengambil sedikit masa. Rasanya amat malang diri ini kerana hal dunia yang remeh temeh dan boleh diselesaikan jika kita sabar tapi sebaliknya kita jelmakan sifat tidak sabar kita. Ya Allah kurniakan kepada hambaMu ini sifat dalam dalam hal keduniaan dan sabar dalam melaksanakan ibadat kepadaMu.

Leave a Reply