WIRID SELEPAS SOLAT FARDU – KENA ISTIQAMAH

Hanya memerlukan masa +- 5 minit sahaja untuk menyempurnakannya. Namun ganjarannya tersangat hebat dan ianya menjadi amalan Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam. Seorang Rasul yang terjamin syurgaNya konsisten mengamalkan, apatah kita ini yang belum pasti tempatnya di akhirat nanti! Ada ganjaran dengan janjiNya jika diamalkannya selepas solat ganjaran syurga dan penghalangnya adalah mati. Sebenar amalan wirid dari hadis yang sohih adalah ‘simple’ sahaja ( selongkari amalan rasul sallalahu ‘alaiwasallam selepas solat dari sumber yang sohih). Amalkan secara istiqamah selepas solat, sama ada imam berwirid atau tidak. Seandai terlalu sibuk, boleh kita amalkan dalam pergerakan kita menuju ke destinasi sambil berwirid. Kena ikut sunnah. Tanggungjawab sebagai makmun berakhir selepas memberi salam bersama imam, manakala amalan selepas solat menjadi tanggungjawab masing-masing. Ingat apa yang kita laksanakan adalah mengikut suruhanNya berdasar al Quran dan sunnah. Solat berjemaah itu adalah suruhan begitu juga dengan amalan selepasnya. Kena laksanakan semaksima mungkin dan kena ada ilmu berkaitan dengan setiap amalan kita. Perlu jelas apakah bentuk amalan selepas solat yang menjadi amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam , bukan sekadar ikut-ikutan. Ingat ! apa yang kita laksanakan adalah sunnah, bukan kerana ikut imam solat. Apabila kita memahami dengan mendalam amalam sebelum, semasa dan selepas solat, sudah pasti kita akan sedaya upaya tidak meninggalkannya walau dalam apa situasi sekalipun. HANYA+- 5 MINIT SAHAJA.

Leave a Reply