WAQAFLAH DIRIMU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU BERHAMPIRAN TERATAKMU

A. Arti Definisi / Pengertia Wakaf (Waqaf)

Waqaf/Wakaf adalah menahan suatu benda yang kekal abadi secara fisik zatnya serta dapat digunakan untuk sesuatu yang benar dan bermanfaat. Contoh wakaf yaitu seperti mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan lahan makam penduduk setempat, wakaf bagunan untuk dijadikan masjid, dan lain-lain.

B. Rukun Wakaf (Waqaf)

1. Ada Orang Yang Wakaf
– Wakaf atas kemauan sendiri tanpa adanya paksaan dari pihak manapun.
– Pelaku wakaf memiliki hak untuk berbuat kebaikan.

2. Ada Barang Yang Diwakafkan
– Kekal abadi bendanya
– Milik sendiri
– Ada akad wakaf antara pemberi dan penerima waqaf

3. Ada Orang Yang Diwakafkan

C. Persyaratan / Syarat-Syarat Wakaf (Waqaf)

1. Mewakafkan untuk selamanya tak terbatas waktu.
2. Jelas siapa yang mewakafkan dan kepada siapa diwakafkan.
3. Dibayar secara tunah / cash.

Mungkin diri kita tidak berkemampuan mewaqafkan harta benda, namun kita pasti sekali boleh mewaqafkan diri untuk hadir solat berjemaah lima waktu di masjid yang berhampiran dengan kediaman kita. Seandainya terdapat seorang sahaja yang mewaqafkan diri untuk hadir berjemaah setiap waktu sudah pasti masjid atau surau berhampiran dapat memastikan ada solat berjemaah setiap lima waktu. Walaupun ada ketikanya hanya kita seorang sahaja yang solat di masjid atau surau tersebut ianya dikira kita solat berjemaah dan mudahan masjid atau surau tersebut dikurniaNya masjid atau surau yang sentiasa ada solat berjemaah. Secara tidak langsung terlepaslah kariah tersebut dari dosa kerana tiada orang yang solat berjemaah di kariah tersebut. Mewaqafkan diri kita berjemaah bermakna kita akan sedaya upaya akan hadir pada setiap waktu solat fardu lima waktu. Ketidakhadiran kita hanya disebabkan kita berada di luar kawasan yang menyebabkan kita kita sempat untuk hadir berjemaah. Atau kerana kita mengahdiri majlis ilmu di tempat lain, namun sebolehnya kita pastikan solat berjemaah tetap didirikan walau kita berhalangan untuk hadir. Selagi kaki dapat melangkah kita mewajibkan diri hadir berjemaah di masjid atau surau yang kita waqafkan diri kita! Biasanya di masjid atau surau yang jemaahnya sedikit ianya tidak mempunyai imam yang tetap untuk mengimani solat berjemaah. Pada lazimnya sesiapa yang ok dalam bacaan(tajwidnya) akan disorong ke depan sebagai imam! Situasi ini menyebabkan tidak ramai hadir secara tetap kerena takut disuruh menjadi imam sedangkan individu tersebut agak lemah dalam bacaannya(PENGALAMAN DIRI SENDIRI). iNDIVIDU ini akan hanya hadir ke masjid atau surau untuk berjemaah apabila yakin ada imamnya. Berdasarkan pengalaman diri sendiri “by hook or by crook” kita mesti mendalami ilmu al Quran supaya kita lebih yakin untuk ke depan sekiranya tiada imam yang bertugas pada waktu tersebut. Kita hendaklah sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa untuk memstikan solat fardu berjemaah didirikan walaupun tiada imam yang bertugas pada waktu tersebut. Dengan yang demikian maka masjid atau surau tersebut akan sentiasa ada solat berjemaah kerana ahli kariah lain pasti akan hadir berjemaah kerana mereka yakin ada yang sentiasa mengimami solat seandainya tiada imam yang bertugas. Waqafkanlah diri kita bagi memastikan masjid atau di surau qariah kita sentiasa didirikan solat berjemaah lima waktu. WAQAFLAH DIRI UNTUK MASJID ATAU SURAU DEKAT TERATAKMU. NAMUN BOLEHLAH HADIR KE MASJID YANG LEBIH BESAR JIKA YAKIN MASJID ATAU SURAU YANG KITA WAQAFKAN DIRI KITA ADA SOLAT BERJEMAAH WALAUPUN YANPA KEHADIRAN KITA.

Leave a Reply