WAKTU KEEMASAN

Jika kita hadir berjemaah di masjid pada solat fardu Maghrib, iktikaflah sehingga selesai solat fardu Isya’ jika tidak mempunyai urusan yang sangat penting. Sebaik sahaja selesai solat tahyatul masjid(sebelum fardu Maghrib), jangan sekali-sekali lupa untuk niat beriktikaf ( hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk berniat dan hafallah lafaznya sekali). Sebaik sahaja selesai solat fardu( biasakan berwirid dulu sebelum menunaikan solat sunat ba’diah( sunat muakad). Sebaik sahaja selesai solat sunat ba’diah Maghrib kita mempunyai beberapa pilihan, di antaranya: berada di “RaudahNya” iaitu ikuti secara serius jika kuliah Maghrib diadakan. Atau kita boleh melaksanakan solat sunat awabin yang hebat fadhilatnya.Atau bertadarus al Quran. Atau solat solat sunat hajat atau berzikir.Atau berbincang dengan jemaah lain berkaitan dengan agama atau perkara yang bermanfaat. Mungkin diwaktu lain kita disibukkan dengan urusan keduniaan, JADI apa salahnya kita guna masa keemasam ini untuk menghampiri diri kepadaNya.Elak dengan bersungguh-sungguh daripada waktu keemasan ini berlalu dengan sia-sia kerana waktu ini banyak gangguan sama ada dari syaitan dan manusia.

Leave a Reply