WAKTU KEEMASAN – SEBELUM BERBUKA HINGGA SELESAI SOLAT TERAWIH

Ada tiga fasal setiap hari pada bulan Ramadhan. Fasal satu ialah semasa berpuasa, fasal kedua ialah sebelum berbuka sehingga selesai solat Terawih dan fasal ketiga ialah Qiamulai.
Di sini akan dibancangkan fasal dua ialah menggunakan sepenuh dan semaksima mungkin waktu keemasan ini. Persiapan sebelum berbuka puasa hendak dimulai kira-kira 30 hingga 20 minit sebelum berbuka. Ia boleh dimulai dengan berwuduk, diikuti DENGAN solat solat sunat wuduk. Sementara menunggu berbuka gunakan masa untuk berzikir atau bertadabur atau berdoa. Berbukalah dengan doa-doa untuk kekuatan iman untuk diri, keluarga dan semua orang bersama dengan doa berbuka. Dicadangkan berbuka dengan makan Sederhana berat untuk bekalan semasa ibadat solat sunat Terawih nanti. Elakkan daripada makan makan makan berat di antara waktu MAGHRIB dan isyak’ supaya dapat melaksanakan ibadat Terawih dengan segar dan bertenaga serta dapat menumpukan sepenuh hati kepada ibadat. Bolehlah sekadar kuih mueh yang ringkas serta air suam. Selepas berbuka bersegeralah ke masjid atau Surau berhampiran untuk menunaikan solat fardu MAGHRIB berjemaah( disarankan pihak Pengurusan masjid dan Surau janganlah terlalu tergesa-gesa mendirikan solat{20-30 minit memadailah untuk jemaah tiba di masjid} dan diikuti dengan sunat qabliah MAGHRIB. Sekiranya ada kesempatan pulang ke rumah, maka mandilah untuk kebersihan dan kesegaran diri, diikuti dengan wuduk dan solat sunat wuduk. Minumlah sebelas air suam sebelum bertolak ke masjid untuk solat fardu isyak’ dan seterusnya solat sunat Terawih. Berzikir dan berdoalah sepanjang perjalanan ke masjid dengan pelbagai zikir bergantung kepada jarak rumah dengan masjid atau Surau( doa menuju ke masjid). Mulailah langkah kanan ke dalam masjid dengan diiringi doa masuk masjid. Dirikan solat sunat tahiyatul masjid serta berniat iktikaf. Jika masih ada masa sebelum azan dikumandangkan bolehlah diri solat sunat taubat, hajat dan sebagainya atau duduk berzikir. Apabila azan dikumandangkan hayatilah dengan teliti di samping berdoa pada setiap bacaan muazim. Jawablah azan dengan sepenuh hati apabila azan tamat dengan doa menjawab azan dan sertakan doa-doa sampingan. Dirilah solat sunat ba’diah atau sunat taubat atau hajat. akhir sekali dirikan solat fardu isyak’ ,sunah ba’diah isyak’ dan solat sunat Terawih dengan sepenuh hati. BUATLAH YANG TEBAIK samada yang difardukan atau yang sunat.SEPULUH MALAM TERAKHIR KINI MEMBUKA TIRAI MUDAHAN KITA SEMUA DITEMUKA-NYA MALAM LAILATUL QADAR. insyaAllah .

Leave a Reply