WAHAI SAUDARAKU JANGANLAH KITA SEBAHAGIAN DARIPADANYA!

    Yang sering kita lihat dan alami jika kita bukan sebahagian daripada mereka! Saudaraku janganlan kita sebagaina daripada mereka!
    Tinggal bersebelahan masjid,namun tidak datangpun solat berjemaah.
    Semasa azan berkumandang, kita berada berhampiran masjid sambil makan,berborak,membeli belah dan sebagainya, kita tidakpun datang untuk solat berjemaah.
    Kita tidak menyedaripun bahawa jam menunjukkan sudah masuk waktu solat.
    Kita biarkan sahaja waktu solat berlalu kerana kita sekarang ada keperluan lain walaupun kita mampu menangguhkannya untuk beberapa minit.
    Kita pergi ke mana-mana tanpa merancang di mana kita akan solat berjemaah.
    Kita tidak berasa apa-apa pun melihat orang melalui depan kita untuk solat berjemaah di masjid.
    Kita rasa tidak penting wirid selepas solat dan terus bergegas meninggalkan tempat solat sebaik memberi salam. Sedangkan jika kita berada di tempat solat sehingga doa iman dilafazkan tidak menjejas pun kepentingan kita.
    Kita tidak mencintai majlis ilmu. Sedangkan majlis ilmu adalah merupaka taman-taman syurga.
    Malas menambah amalan-amalan tambahan yang disunatkan dan membiarkan amalan kita tidak berubah seperti setahun atau beberapa tahun yang lalu.
    Ketahuilah sesungguhnya individu di atas tersangatlah ramai termasuklah yang berjubah dan berkopiah. Ratio 1 : 10 000?!(anggaran, namun cuba perhati di sekitar kita)

    MOGA kita bukan sebahagian daripada bersifat demikian.

Leave a Reply