WAHAI IMAMKU, MAHU KE MANA YA?

Kadang-kadang terdetik di sanubari apabila bermakmumkan imam yang ingin cepat tamatkan sesesuatu rukun solat dan menamatkan solat seberapa segera yang boleh, bertanya dalam hati mahu ke manakah imam ini?!. Tidak mungkin imam ada urusan yang penting, sedang urusannya sebagai imam ialah terpenting yang diamanahkan kepadanya. Makmum terkejar-kejar menghabiskan surah al Fatihah di rakaat pertama takut tertinggal satu rakaat. Kapada yang memahami hukum hakam berkaitan fiqh solat, sememang tidak mempunyai masalah, namun rasa kurang selesa dan sempurna jika tertinggal untuk rukuk bersama imam dengan menyudah surah al Fatihah dengan sempurna. Begitu juga dengan bacaan dalam rukuk, sememangnya ianya adalah sunat, namun pengertian dan penghayatan dalam bacaan semasa rukuk amat tinggi fadhilah selain membesarkan Allah. Hanya beberapa saat sahaja masa yang diperlukan untuk melafazkan bacaan tersebut, namun tergopoh-gapah dek untuk bersama imam bangun ‘itidal. Kelam kabut untuk berdoa semasa ‘itidak kerana imamnya terus sujud setelah berdiri beberapa saat. Sememang sah rukun ‘itidalnya sekiranya iman berdiri tegak untuk beberapa detik, namun tidak boleh ruangkan masa untuk beberapa saat untuk berdoa di samping membetulkan tulang belakang supaya lurus dan ‘rileks’ sebelum turun untuk sujud. Begitulah pergerakan sebahagian imam yang mengiami solat yang entah apa urusannya yang mahu diselesaikan, sedang apa yang sedang dilakukan adalah urusan akhirat yang tersangat penting yang menentukan masa depannya di akhirat nanti. Mohon para imam rilekslah!

Leave a Reply