UTAMAKAN YANG SUNNAH

Kadang kita hafal macam-macam wirid, doa zikir dan sebagainya. Memang iainya suatu yang baik , namun dalam masa yang sama kita utamakan yang disunnahkan. Sebagai contoh yang disunnahkan ialah zikir-zikir dan doa dalam solat yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam seperti doa iftitah yang lengkap, bacaan yang lengkap semasa kita ruku’ selain bacaan yang biasa kita baca sebanyak tiga kali, bacaan ketika berdiri selepas ;itidal sebelum sujud, bacaan ketika sujud selain bacaan yang biasa kita lafazkan sebanyak tiga kali, bacaan ketika tahiyat akhir yang lengkap sebagai amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam. Begitu juga doa-doa ketika berwuduk, dan bacaan ketika ingin memulakan solat. Begitu juga dengan zikir dan doa-doa harian yang menjadi sunnah seperti zikir pagi petang, doa ketika ingin melakukan sesuatu. Srbahagiannya menghafal wirid dan doa yang panjang-panjang seperti wirid dan doa kenduri arwah(amalannya masih khilaf berbanding yang pasti dari sunnah) tapi tidak menghafal zikir dan doa sebagai yang disunnahkan seperti di atas. Tidak menjadi kesalahan menghafal pelbagai wirid dan doa, namun kena tahu keutamaan dan dahului yang diutamakan(disunnahkan) atau biar seiring. Elakkan dari mengutamakan yang bukan sunnah (yang bukan sunnah hafalannya lancar, namun yang sunnah bukan sahaja tidak lancar tapi yang menyedihkan ditingglkalnya).

Leave a Reply