UTAMAKAN YANG SUNNAH!

Di sesetengah tempat/atau dikebanyakkan tempat bulan Syaaban merupakan bulan penting selepas bulan Ramadhan. Bulan ini diada majlis kenduri arwah(tahlil) sebagai acara tahun bagi mengingati para arwah yang telah pergi meninggalkan kita. Kebanyakkan tempat pula akan membuat persiapan menyambut malam Nisfu Syaaban pada pertengahan bulan Syaaban yang mempunyai kepercayaan masing-masing. Walau amalan ada positifnya walaupun ulama-ulama mempunyai pandangan yang berbeza, namun kebersungguhan kita menyambutnya adakah ianya seiring dengan amalan yang sudah sahih dituntut sunnah? Kalau kita perhatikan secara mata kasar, masih ramai lagi yang mengamalkan sunnah yang sememangnya sahih untuk diamalkan, namun amat teruja mengamal amalan bulan Syaaban yang masih menjadi perbincangan hangat di kalangan ulama! Ya, jika kita amalkan sebagai nilai tambah ibadat bulan Syaaban seandainya amalan sunnah yang sahih telah sebati dan maksima kita telah amalkan. Sebagai contohnya solat berjemaah, solat-solat sunat yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam, puasa sunat, tadarus, tadabur, zikir harian,majlis ilmu, cara hidup yang ada hubungan dengan habluminannas dan sebagainya! Amat malang jika kita perhatikan sebahagian besar yang hadir meraikan malam nisf Syaaban, amat jarang kelihatan pada malam-malam yang lain! Ini hanya satu contoh tuntutan yang diabaikan! Bagaimana dengan tuntuntan sunnah yang lain? sudah sebatikah? atau ada malan yang terpilih sahaja diamalkan? Marilah kita muhasabah diri dalam melaksanakna setiap suruhanNya biarlah menepati syariat agar amalan kita diterimaNya.wallahu ‘allam.

Leave a Reply