USAHA UNTUK MENDAPATKAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA

SSesungguhnya Allahlah yang MAHA BERKUASA mengurniakan taufik dan hidayahNya kepada hamba yang terpilih. Namun begitu sebagai hambaNya yang amat lemah dan jahil, maka kita mesti berusaha untuk mendapatkannya.

Usaha perlu seiring dengan syariatNya. Paling utama, carilah ilmu dan beramallah dengan ilmu tersebut. Amalkan secara beransur bergantung kepada kemampuan kita. Laksanakan amalan secara istiqamah yang bermula dari sunnah yang paling mudah,insyaAllah Dia akan membantu kita untuk melaksana yang nampaknya kompleks dan payah. Namun, apabila taufik dan hidayah sudah menampakkan cahaya, maka semua akan menjadi mudah. Kemudahan yang kita rasakan itu merupakan anugerahiNya yang mewujudkan rasa kemanisan dalam setiap amalan yang kita lakukan. Apabila taufik dan hidayahNya muncul, maka akan muncul perasaan yang meluak-luak untuk menggandakan amalan-amalan harian kita.Namun, penting bagi kita dalam memohon taufik dan hidayahNya, kita juga mesti sentiasa juga mohon supaya ia kekal sehingga akhir hayat kerana taufik dan hidayahNya akan hilang jika kita lalai dan tiada istiqamah.

Sempena dengan ulangtahun kelahiran kekasihNya yang kita cintai dan sayangi pelbagai program diisi di masjid dan surau di serata pelusuk Tanahair yang kita cintai ini. Ceramah dan kuliah agama penuh dengan kehadiran para jemaah,namun besoknya kebanyakkan masjid dan surau kembali kepada asal. Beberapa kerat sahaja makmun yang sama mengisi slot subuhnya.

Mohon dan berusahalah untuk mendapatkan taufik dan hidayahNya dan berusahalah dan berdoalah untuk kita kekal DENGANnya.

Leave a Reply