Usah Pentingkan Diri Sendiri

Usah Pentingkan Diri Sendiri
Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam
orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari
kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang
mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu
memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan
barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta
bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan
seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat
keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak,
ia mungkir (berpaling tadah).”


 

(Muslim)



 

 


Huraian
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang
beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan
memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa
sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah
bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat
kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang
menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa
sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan
ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang
pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

Sumber
: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Reply