“UPGRADED ” AMALAN, SAMADA MAHU ATAU TIDAK!

‘Upgraded’ AMALAN bermaksud menambah ibadat sunat atau melengkapkan lagi ibadat yang diwajibkan. Contohnya ibadah solat adalah wajib bagi setiap muslim yang akhil baligh. Solatnya sah, jika kita melaksanakan semua 13 rukunnya. Namun, banyak lagi amalan tambahan samada dalam bentuk zikir dan doa sebagaimana menjadi amalan Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam. Kita biasanya membaca doa iftitah yang lazim dibaca kebanyakkan orang, namun terdapat bacaan yang lebih lengkap lagi yang diajar sunnah. Begitu juga dalam ‘itidalnya, rukuknya, sujudnya, tahhiyat akhirnya dan lain lagi. Tidak diwajibkan atau berdoa jika kita tidak membacanya. Namun, adalah terbaik jika amalan tambahan(aksesori) kita amalkan secara rutin(istiqamah). Begitu juga dengan amalan tamhahan lain seperti solat sunat samada siang(rawatib dan sebagainya) atau malam(tahajud, witir dan sebagainya) tidak diwajibkan dan tidak berdosa jika ditinggalkan!. Namun fadhilat dan ganjaran serta ianya menjadi amalan para solehin!, tidakkah kita menjadi hamba yang soleh. Orang yang soleh peluang ke syurgaNya agak cerah berbanding amalan orang awam yang entah menepati atau tidak syariatnya. Maka. dengan amalan tambahan tersebut sekurang sebagai pelengkap kekurangan pada amalan wajib kita!. Begitu jugalah dengan puasa sunat! tidak diwajibkan dan tidak berdosa jika kita mengabaikannya! Oleh kerana terdapat banyak hadis Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam yang menyatakan kelebihan amalan tersebut, tidak teringinkah kita mengamalkannya. Kita sebagai orang awam yang lemah sentiasa kalah dengan keinginan hawa nafsu, maka dengan berpuasa selain mendapat redaNya, kita juga dapat mengawal pancaindera kita di sepanjang kita berpuasa di siang hari! Doa orang berpuasa, di antara orang dimakbulkan doanya! atau cukupkah dengan hanya berpuasa di bulan Ramadhan sahaja?
Apakah penghalang untuk meng’upgreded’ amal kita? masa? sebenarnya kita yang mengatur masa untuk beribadat kepadaNya. Sebagai contoh, jika kita sedang berbual dengan saudara atau rakan, kemudian azan dikemandangkan! apa pilihan kita? kekal berbual atau berinteraksi dengan Allah dengan mengajak saudara atau kawan kita atau tinggalkan sementara jika mereka enggan? Terpulang kepada kita mahu mengada Allah atau kekal mengadap rakan atau saudara kita! Terlalu sibukkah kita untuk melengkap solat dengan menambah seminit dua dalam solat kita untuk mengamalkan doa atau zikir yang disyariatkan terutama dalam solat sunat jika kita tidak melaksanakan sepenuhnya dalam solat berjemaah. Kita yang menentukan mahu atau tidak!. Banyak majlis ilmu, kita yang memilih sama ada ingin berada di taman-taman syurga tersebut. Jika sukar untuk hadir setiap hari, cuba seminggu sekali atau dua kali sebulan atau sebulan sekali, lebih kerap lebih baik kerana apabila kita berada di majlis ilmu, kita dinaungi oleh 70 000 malaikat di langit. Tadarus al Quran ! takkanlah tidak boleh kita amalkan PALING KURANG lima ayat sehari! kitalah yang menentukan sama ada mahu atau tidak! Cubalah utamakan kemahuan dan jauhilah sifat tidak mahu yang sebenar dipengaruhi syaitan laknatullah.

Leave a Reply