UNTUK MENDAPAT PUASA YANG MABRUR

Dalam dunia tanpa sempadan tanpa semangat yang kental akan menyebabkan puasa kita menjadi sia-sia! Jari-jari kita jangan terlalu mudah membuat catatan dalam bentuk komen, pendapat atau like kepada perkara yang kita tidak pasti atau bukan dari sumber yang kita sendiri menjadi saksinya. Kita dapati sejak akhir-akhir ini terlalu ramai mereka yang berani memberi komen, pendapat atau like kepada perkara yang sumbernya dari pihak kedua, apatah lagi sumbernya pihak ketiga atau lebih jauh lagi! Adalah terlalu sukar kita mengawal pancaindera terutama pandangan, pendengaran dan lisan! Namun untuk mengawal perbuatan teruatama jari lebih mudah! Jadi kawallah jari jemari kita supaya tidak menyebabkan pahala puasa kita ‘sifar’! Mencatat, mengomen, me’like’ memang mudah , menyenangkan dan menyedapkan perasaan kita, juga mungkin untuk orang lain, namun awas jika catatan, komen dan like kita itu bukan sumber yang sahih walaupun pada pandangan semacam ada kebenaran. Di zaman manusia yang merajakan keduniaan kebanyakkannya sudah tidak pedulikan pahala dan dosa asalkan matlamat keduniaanya tercapai! Elakkan dengan bersungguh-sungguh menjaga jari jemari kita dalam dunia tanpa sempadan ini. Ikat jari kita lebih baik daripada tercatat perkara yang tidak pasti kebenarannya, apatah lagi terbukti kebathilannya.

Leave a Reply