UNTUK KE SYURGANYA BANYAK YANG PERLU DILAWAN

Untuk menang dalam perlawanam kita perlu mengalahkan lawan yang sentiasa berusaha lebih bersungguh dari untuk mengalahkan kita.
Dalam ibadat banyak musuh yang perlu kita kalahkan untuk menggapai syurgaNya. Musuh utama ialan nafsu jahat yang sentiasa menggoda kita supaya melakukan perkara yang terlarang. Nafsu yang banyak membawa manusia yang baik , terkenal dan sebagainya ke neraka. Kita wajib melawannya tanpa menyerah kalah. Nafsu syahwat, nafsu amarah, nafsu tamal haloba. Nafsu ego , sombong, bakhil, malas dan sebagai. Nafsu tersebut menghalang kita untuk menghindari kejahatan dan membawa kita beribadat kepadaNya. Banyak kita yang tewas. Kena bersungguh-sungguh untuk melawannya barulah halangan untuk beribadat dapat dikalahkan.

Leave a Reply