Untuk Iistiqamah- Perlu Ada Pelan A, Pelan B dan Pelan C

Apa sahaja kejayaan dalam kehidupan perlu ada perancangan yang teliti. Tanpa perancanagn yang teliti, adalah mustahil untuk hasil yang terbaik, apatah untuk konsisten dalam amalan harian kita. Dalam setiap perancangan yang dibuat sudah pasti tidak semua yang dijalan mengikut jadual asal. Kadang-kadang kita terpaksa menukar pelan asal supaya apa yang rancang mencapai matlamatnya. Hal ini tidak terkecuali dalam melaksanakan sesuatu ibadat. Sebagai contoh, kita merancang mentadarus al Quran setiap hari selepas solat Subuh. Namun, tanpa dirancang kita mempunyai hal yang amat penting menyebabkan kita tidak sempat mentadarus. Apakah kita akan biarkan hari tersebut tanpa tadarus al Quran? Jika ini berlaku perancangan untuk istiqamah tersebut akan gagal menyebabkan kita tawar hati kerana gagal dalam perancangan tersebut. Oleh itu, dalam artikel ringkas ini, penekanan terhadap perancangan adalah penting dalam melaksanakan amalan supaya KEKAL istiqamah. Kita perlu membuat perancangan berdasar Pelan, iaitu Pelan A dan Pelan C dan kalau perlu sediakan juga Pelan C sebagai alternatif terakhir, jika keadaan terdesak di mana Pelan B dan Pelan tidak dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kita berazam untuk solat berjamaah tanpa mangkir di Masjid atau surau. Pelan A , kita akan ke masjid apabila azan betkumandang untuk solat berjemaah. Pelan B perlu disediakan jIka ada urusan di luar samada urusan kerja, membeli belah, ataupun Ada jemputan ke majlis tertentu. Pelan B ialah kita memastikan masjid di sekitar kita berada supaya senang kita hadir berjemaah. Sekiranya gagal
juga sediakan Pelan C, sama ada minta keluarga di rumah menunggu sehingga kita pulang untuk solat berjemaah. Atau Pelan C, di mana kita mencari masjid jamek(besar) untuk solat, kerana pada kebiasaannya akan ada hamba Allah(sebenar dengan pertolongNya) yang sama masalah dengan kita dan bolehlah kita solat berjemaah dengan hamba Allah ini. Dalam situasi ini, kita semestinya mengajak hamba ini berjemaah. Pelan ini adalah sebagai cadangan, kita boleh rancang apakah tentatif dalam Pelan A, B atau C yang sesuai DENGAN situasi diri kita sendiri.
Begitu juga dengan amalan tadarus al Quran, perlu ada Pelan, jika Pelan asal iatu Pelan A untuk bertadarus selepas solat Subuh tidak dapat dilaksanakan makan Perlu ada Pelan B iaitu bertadarus selepas solat Zohor atau Asar dan Pelan C sebagai pilihan akhir iatu selepas solat Isyak’ .
Apa sahaja amalan sama ada yang wajib atau sunat kita perlukan Pelan A, B atau C supaya apa yang kita rancang dapat kita laksanakan secara istiqamah .

Leave a Reply