Uniknya Raya Di Kelantan!!!

Saban tahun, tidak kira Hari Puasa atau Hari Raya Haji, tumpuannya ialah Kelantan kerana kemeriahannya. Dianggarkan setiap musim perayaan hampir atau lebih 1/2 juta perantau Kelantan pulang ke Kg Halaman di Kelantan. Penerbangan ke Kelantan 2 minggu sebelum dan selepas hari raya “full Booked”, Jualan tiket bas 3 bulan sebelum raya “sold out” termasuk beratus-ratus bas tambahan, keretapi kalau ditambah sepanjang 100 gerabak setiap perjananan pun belum tentu mencukupi dan sudah pasti di jalanraya menghala ke Kelantan dari perbagai destinasi sesak teruk. Bermula di Temerluh, sempadan Terengganu, sempadan Perak semua berjalan lebih perlahan dari kura-kura sehinggalah ke Kota Bharu.  Pelbagai komen dan pandangan oleh anak-anak perantau ini semasa berada di jalanraya. Ada komen yang negatif dan positif. Ada yang sampai tahap tidak mahu pulang lagi pada masa perayaan akan datang. Bayangkan perjalan setiap kilometer memakan masa 1 hingga 2 jam. Namu itulah KEUNIKANNYA suasana perayaan di Kelantan. Cuba anda bandingkan beraya di tempat lain yang lenggan di jalanraya, adakah anda merasa seronok? tentu sekali membosankan dan anda akan merasa kesuraman sambutannya. Nah, anggaplah  kesukaran, kesesakan ,kerumitan itu sebahagian dari kemeriahan berhari raya. Sekiranya anda menghayati kesan puasa sebulan sudah tentu anda tidak merasa kesukaran untuk mnedepani masalah tetapi keseronokan yang menambahkan pahala. Kesabaran yang ditanam sepanjang bulan Ramadhan akan diperaktikan di sini, apa salah diamalkan zikir-zikir yang membasahi bibir sepanjang Ramadham diaktifkan lagi dalam situasi ini (galakkan diamal secara berjemaah di kereta), amalkan sedekah senyuman sepanjang perjalanan dan perlbagai amalan yang menandakan kejayaan di Universiti Ramadhan. Jika ini di amalkan anda akan merasa ketenangan berbanding dengan sumpah seranah deng bermacam label kepada pemandu lain (sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah, malah makin menyesakkan nafas). Pangalaman pemanduan hampir 24 jam perjalan KB ke KL pada musim perayaan lepas dengan pengisian hasil Universiti Ramadhan terbukti menyeronokan. Inilah masanya kita melihat sama ada insan itu telah berjaya melalui Universiti  Ramadhan.Wallahu’allam

Leave a Reply