UMRAH MABRUR

Semua yang pergi mengerjakan adalah semata-mata untuk mendapat umrah yang mabrur. Apabila seseorang hambaNya dikurniai umrah yang mabrur sebagaimana mendapat haji yang mabrur maka balasannya tidak lain dan tidak bukan iaitu syurgaNya yang penuh dengan nikmat. Kepulangan seseorang dengan umrah yang mabrur menjadikan seorang itu manusia yang terbaik di sisiNya apatah lagi pada pandangan manusia. Kepulangan yang membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan dan ibadatnya. kepatutan kepada syariatNya tidak boleh dipertikai.Kalau sebelumnya ia mendedahkan aurat maka,,kepulangannya buka sahaja auratnya ditutupi rapi,,malah akhlak dan amalan ibadat bertambah baik dengan sedaya upaya menambahbaik serta sentiasa menambah nilai kualiti dan kuantiti ibadatnya. Solat berjemaah yang menjadi rutin semasa berada di Mekah menjadi pegangan yang tidak akan dilepaskanya lagi aepanjang hayatnya.Perubahan pasti akan berlaku dalam setiap perkara sama ada secara drastik atau evolusi. Ahli ibadat sedia ada tentu sekali akan gembira dan teruja dengan perubahan imi.

Namun, untuk menggapai umrah yang mabrur bukanlah suatu yang mudah tetapi tidak mustahil jika diizinNya. IziNya juga bergantung kepada niat kita ke sana serta amalan sepanjang berada di sana. Amalan di sana selain melaksanakan rukun umran, perkara sunat dan doa merupakan pelengkap kepada ibadat yang membawa umrah yang mabrur. Apakah pengisian yang membawa kepada umrah yang mabrur? Rukun umrah merupakan perbuatan atau kerja kecuali niat. Asalkan sihat dan waras akal, rukun-rukun umrah dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Ini bermakna selain melaksanakan rukun, melaksanakan amalan lain yang membawa pahala merupakan pelengkap yang perlu diamalkan bagi mengiringi amalan rukun. Semua amalan yang menjadi sunnah dalam kehidupan seharian, perlu dilaksanakan secara istiqamah semasa berada di sana. Di antara amalan yang perlu dilakasana sepanjang masa secara istiqamah ialah:

Solat awal waktu serta berjemaah
solat sunat
solat malam
zikir
tadarus dan tadabbur
menghadiri majlis ilmu
puasa sunat
hubungan silaturrahim
bersedekah
dan sebagainya sebagai yang diamalkan oleh para solehin.

amalan_amalan tersebut sepatutnya diamalkan sebelum ke sana, samasa di sana dan sekembalinya dari sana. IsyaAllah jika menjadi amalan kita, peluang untuk mendapat umrah yang mabrur agak cerah.
Selamat mengerjakan umrah untuk semua, semoga dikurniai umrah yang mabrur.

Leave a Reply