UMRAH DAN HAJI YANG MABRUR

Kita tidak pasti bila kita akan dipanggilNya untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah. Bagi yang telah menunaikan sama ada haji atau umrah sudah pasti kita ingin ke sana lagi berkali-kali. Maka dengan sebab itu kita hendaklah sentiasa berdoa dengan bersungguh-sungguh dan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan pengisian dalam ibadat tersebut. Untuk melaksanakan haji atau umrah tidaklah rumit sangat kerana sebahagian besar rukun haji atau umrah selain daripada niat ialah melaksanakan perbuatan( kerja). Asalkan sihat tubuh badan kita boleh melaksanakan rukun tawaf dengan mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali( sah tawaf kita apabila kita berniat dan berjalan mengelilingi Kaabah walaupun tanpa sebarang bacaan sekalipun), begitu juga dengan saei, wukuf di Arafah( kita hanya mesti berada di sana pada masa yang ditetapkan ( hadir saja di sana tanpa sebarang bacaan pun, sahlah haji kita( umrah tiada wukuf). Jika kita perhatian ramai jemaah yang berada di ARAFAH tidak mengambil kesempatan untuk berdoa kerana Atafah antara tempat yang makbul doanya.yang ( ramai yang merayau-rayau, bercerita, tidur dan sebagainya). Apakah puncanya? Puncanya ialah ramai yang tidak tahu apakah pengisian yang sepatutnya kita laksanakan sepanjang kita melaksanakan ibadat haji atau umrah!
Oleh sebab itu untuk mendapat haji dan umrah yang mabrur persiapannya harus bermula sekarang juga! Semua amalan yang kita sudah istiqamah di sini, itulah yang kita amalkan di sana. Bangun malam di sini untuk Qiamulai, di sana pun itu yang kita laksanakan( Nah ! Satu solat tahajud bersamaan dengan 100 000 kali solat) bayangkan kita berada 40 Hari lebih jika kita mengerjakan ibadat haji berapakah jumlahnya? Begitu juga sunat dhuha yang kita telah istiqamah di sini, maka di sana kita boleh tambah lagi dari hanya 2 rakaat kepada 4 rakaat atau semaksima mungkin( kan kita di sana hanya untuk beribadat sahaja dan tiada urusan dunia) satu solat dhuha bersamaan dengan 100 000 solat, bayangkan jika berada di sana sekurang 8 hari ibadat umrah apatah lagi ibadat haji. Biasakan dengan zikir-zikir di sini dan pasti di sana kita tambahkan lagi. Kebiasaan kita tadarus al Quran di sini, di sana kita tambahkan lagi. Begitu puasa sunat laksanakan juga di sana selagi tidak pada hari yang diharamkan berpuasa. Berpuasa sunat di sana menjelmakan bagaimana cabarannya junjungan Besar Nabi Muhammad sallalahu’alaiwasallam berpuasa di dalam cuaca yang panas terik di Padang pasir yang gersang berbanding situasi kita berpuasa di negara kita yang cuaca Sederhana.Sentiasa bersedia dari sekarang dengan mendalami ilmu berkaitan ibadat tersebut dan mengamalkannya supaya kita sentiasa bersedia untuk menggapai haji atau umrah yang mabrur yang ganjaran adalah JannahNya. Jangan sekali-sekali ke sana kerana mampu dan ikut-ikutan sshaja, ke sanalah dengan persiapan yang lengkap tentang apakah yang sepatutnya kita amal dan lakukan setiap detik kita berada di sana. Hal ini dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Ada yang hanya belajar beberapa jam sahaja sebelum bertolak. Dan yang paling menyedihkan ada akan mengerjakan ibadat haji hanya membeli buku ibadat haji beberapa hari sebelum bertolak dan katanya tiada masa jadi buku tersebut akan dibacanya semasa dalam penerbangan nanti( true story). Untuk makluman bahawa KURSUS haji beberapa Siri anjuran Lembaga TABUNG Haji hanya pelengkap kepada ilmu yang terlalu luas yang harus kita dalami berkaitan ibadat tersebut. Bersedialah bersungguh-sungguh dari sekarang ilmu berkaitan pengisian kita semasa kita di sana. Haji atau umrah yang mabrur ialah apa sahaja amalan yang kita laksanakan bersungguh-sungguh di sana,begitulah juga amalan kita apabila pulang nanti sehinggalah kita dipanggilNya. Laksanakan semua ibadat walau sekecil mana pun dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.BACALAH BUKU ” TREVELOG HAJI – Prof Dr Kamil Ibrahim dan” HAJI MUDA- Dr Ridzwan Bakar.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Best android tv box - Trackback on 2016/10/07/ 15:58
  2. womens scarves - Trackback on 2016/10/20/ 07:06