Umat Nabi Muhammad SAW Bagai Buih Di lautan

Hikmah bulan puasa, selain kita dapat melihat berbodong-bodong umat Islam ke masjid. Kita juga dapat melihat begitu ramainya umat Islam di negara kita. Sekarang kita dapat melihat remaja-remaja perempuan dan lelaki yang sebelum ini yang berpakaian tidak melambangkan keislaman tapi malam hari mereka inilah memenuhi masjid-masjid. Walau kehadiran mereka diibarat bagai buih sekurang-kurang ia menunjukkan kuantiti umat Islam di negara kita ramai. Kalau orang bukan Islam melihatnya dari aspek kuantiti memang agak gerun. Sekira kuantiti ini disertakan dengan kualiti, sudah tentu lita lebih digeruni. Kita tidak boleh menafikan bahawa hanya kumpulan gerakan Islam yang masih memonopoli masjid-masjid. Adalah lebih membanggakan sekiranya kumpulan yang satu lagi yang mengaku berjuang berlandaskan Islam turut mengimarahlam masjid sepanjang masa. jangan hanya cakap berapi-rapi di mulut tetapi realiti mereka masih jauh dengan masjid. Sempena bulan yang mulia ini marilah kita mulakan meningkatkan kualiti keimanan kita dengan mendekati masjid. Dengan mendekati masjid dengan penuh keikhlasan nescaya kita akan menemui kebenaran dan akan meninggalkan semua yang tidak mematuhi Alquran dan sunnah. Kita tidak mahu apabila kita menunai ibadat haji atau umrah di Makkah mukarrammah dan menziarahi makam Rasulullah s.aw. Apabila kita berada di Raudhah, kita dengan penuh merayu-rayu memohon salam dan mengaku diiktiraf ebagai umat Nabi s.a.w dan berdoa supaya mendapat safaat baginda. Tetapi yang menyedihkan kita mengaku umatnya tetapi dalam masa yang sama kita menentang ajaran al Quran dan sunnahnya. Alquran dan sunnah memerintahkan kita menutup aurat tetapi kita langgar, Peraturan yang maha adil yang dicipta oleh Penciptan alam ini kita ketepikan dan mengamalkan peraturan oleh orang yang diciptaNya. Cuba bayangkan?!. wallahu’allam

Leave a Reply