ULANGKAJI IBADAT HARI INI

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa detik tertentu pada hari ini doa hambaNya dimakbulkan.
Sudah atau adakah kita amalkan pada hari ini?
a. Doa bangun dari tidur( bersuci diri- doa masuk dan keluar bilik jangan abaikan)
b. Wuduk, doa wuduk dan solat sunat wuduk
c. Solat sunat taubat
d. Solat sunat tasbih
e. Solat sunat tahajud
f. Solat sunat lain ( jika ada seperti solat hajat dan sebagainya)
g. Solat sunat witir
h. Doa keluar rumah untuk ke masjid atau Surau
i.Doa perjalanan ke masjid

j. Melangkah kaki kanan apabila masuk ke masjid disertai dengan selawat ke Rasul s.a.w dan doa masuk ke masjid
k. Solat sunat tahiyatul masjid
l. Doa iktikaf
m. Menjawab azan ayat demi ayat di samping berdoa serta menjawab lafaz azan dengan selengkapnya.
n. Solat sunat ba’diah Subuh
o. Berdoa di antara azan dan iqamat.
p. Doa iqamat dengan lengkap( terdapat doa untuk iqamat)
q. Zikir sebelum takbir ratul ihram
r. Solat Subuh dengan sujud tilawah
s. Solat fardu ditambah dengan doa dan bacaan tambahan selain daripada yang rukun dan sunat lazimnya.
t. Zikir dan doa selepas solat
u. berada di RaudahNya ( kuliah Subuh walaupun mendengar satu ayat)
MASA IBADAT UMUM -mencari rezeki yang halal dengan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh agar meraih rezeki yang halal untuk kehidupan diri dan keluarga.Apabila bersarapan pagi dan makan tengah hari amalan doa sebelum dan selepas makan jangan sesekali kita kesampingkan demi keberkatan untuk beribadat.
v. Zikir pagi serta keluar masjid dengan langkahan kaki kiri diiringin dengan selawat ke atas Rasul s.a.w serta doa keluar dari masjid.
w. Mandi sunat Jumaat(seandainya bertugas jauh dari tempat tinggal)
X. Ke masjid untuk solat Jumaat dengan membaca doa ke masjid
y. Masuk ke dalam masjid dengan langkahan kaki kanan serta diiringi dengan selawat ke atas Rasul s.a.w serta doa
z. Solat sunat sehingga khatib menaiki mimbar(niat iktikaf jangan di abaikan)
aa. mendengar khutbah dengan khusyuk( tanpa tertidur) SETERusnya solat fardu Jumaat dengan khusyuk. Disertai dengan zikir selepas solat JUMAAT ( surah al Fatihah-7x, al Ikhlas-7x, al Falak-7x dan Annas-7x dan wirid yang biasa dan doa.
ab. Solat sunat ba’diah Jumaat( solat di rumah jika terus pulang ke rumah)
ac. Keluar masjid dengan langkahan kaki kiri diiringi selawat ke atas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta doa keluar masjid.
Seterusnya amalan-amalan di sebelah petang dan ibadat-ibadat lain yang digalakkan pada hari Jumaat atau amalan rutin kita terutamanya selawat kepada Rasulullah sallahu’alai wasallam, zikir petang, tadarus ,bersedekah( walaupun sedikit semampu yang boleh dalam pelbagai bentuk termasuk sebuah senyuman ukhwah yang ikhlas), hubungan sesama manusia yang sebaik mungkin, berdoalah sepanjang hari untuk diri sendiri, keluarga, sahabat handal, kenalan, murid kita, guru kita, Jiran dan semua manusia serta PASTIKAN KITA SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK SEPANJANG HARI dan lain-lain.
bagaimana? Adakah sehingga saat kini (2.30pm) sudah amalkan semua atau sebahagian daripadanya. Sekiranya kita telah istiqamah dengan amalan tersebut ianya adalah mudah dan ” MAMPU BUAT”. ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DICIPTA DAN DISURUHNYA SESUAI DENGAN KEMAMPUAN HAMBANYA.

Leave a Reply