TIPS MENJAUHI SYAITAN DALAM RUMAH

Kebelakangan ini kita lihat fenomena gangguan makhluk halus serta syaitan laknatullah semaskin menjadi. Seolah-olah makhluk ini bertambah dan berkembang seiring dengan tamadun manusia. Apakah punca? ada orang membina rumah yang besar dan cantik tetapi tidak mahu tinggal di situ atas alasan selalu diganggu makhluk halus atau syaitan laknatullah. Pelbagai doa dan zikir diajar untuk diamalkan bagi menghindari makhluk jahat ini, namun makhluk ini tetap juga bersarang di disekitar penghuninya!
Sememangnya kita dituntut berdoa dengan zikir-zikir tertentu untuk menjauhi makhluk jahat ini, namun kita juga harus mengambil perhatian tentang penjelasan para ulama berkaitan tempat yang digemari dan tidak digemari oleh para makhluk jahat ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum di antara tempat kesukaan para makhluk ini ialah tempat dan perkitaran yang kotor. Pengalaman benar penulis ialah peristiwa suatu kebakaran yang melibatkan keluarga yang terdekat. Keseluruhan struktur rumah menjadi abu kecuali dua buah tandas yang langsung tidak terusik oleh api. Kenapa? kan syaitan laknatullah itu dicipta daripada api. Jadi tempat yang kotor terutama tandas tidak dimakan api kerana itu adalah rumahnya. Jadi cuba kita teliti dalam rumah kita! ada tandaskan? adakah tandas kita bersih sebersihnya? dicadangkan sebelum tidur bersihkan tandas dengan me”flush” untuk beberapa kali dan cuci mangkuknya denga sabun serta pastikan bilik air dicuci dengan bersih sebelum tidur supaya tandas kita tidak lagi diminati untuk tempat beresembunyi para syaitan laknatullah ini. Sampah yang kita buang sila letakkan di luar rumah dan tutup dengan sempurna supaya tidak mengeluarkan bau yang dapat menarik kedatangan musuh Allah ini. Pakaian yang kotor sila masukkan ke mesin basuh dan sekurangnya “bilas” sekali sebelum operasi menyuci yang belum kita ingin laksanakan lagi. Seeloknya cucilah segera pada malam tersebut. Rutinkan mengemas rumah supaya ia sentiasa kemas dan bersih. IsyaAllah jika ini menjadi amalan kita sudah tentu para syaitan akan manangis kekecewaan.Amalan ini perlulah disertajan dengan doa atau zikir yang disyorkan oleh sunnah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. lifestyle - Trackback on 2016/08/05/ 11:16
  2. trầnnhôm - Trackback on 2016/09/02/ 20:16