TIDAK SEMUDAH YANG DICAKAP !

Kadang sudah berada berhampiran masjid dan mendengar laungan azan, namun berat rasanya untuk hadir sekejab untuk solat fardu berjemaah. Sudah hadir mengerjakan solat fardu berjemaah dan telah melaksanaka solat sunat rawatib qabliah, namun tidak tergerak untuk mengambil beberapa untuk melengkapkan sunat rawatib muakad ba’diah. Sudah berada di ruang solat ketika azan dikumandangkan, namun tidak menjawab azan dengan bersungguh-sungguh. Beberapa kali sehari masuk dan keluar tandas, namun jarang-jarang melafazkan doanya. Bertahun=tahun berulang alik ke masjid, namun tidak berusaha menghafal doa menuju masjid untuk dibaca setiap kali ke masjid. Berbuih mulut para agama menerangkan penting betadarus al Quran, namun ramai lagi yang masih selesa dengan hanya pandai tadarus surah yasin sahaja pada setiap malam Jumaat. Jarang meninggalkan solat fardu mahgrib dan isya’ secara berjemaah, namun tidak cuna untuk berjemaah pada solat fardu yang lain. Ramai yang berjaya melaksanakan puasa Ramadhan 29 hari ‘perfect’ namun tidak ramai yang ingin mencuba puasa sunat yang lain secara ‘perfect’ juga. Ramai yang menghadiri malis ilmu, namun ramai yang hadir solat fardu Subuh berjemaah.Ramai juga yang terbangun malam tapi tidak cuba untuk solat malam (paling minima solat witir 1 rakaat sahaja). Ramai yang menonjolkan imej Islam, namun masih tidak memberatkan amalan sunnah dan urusan muamalat sebagai mana yang Islam inginkan. Ayuh jadilah kita kumpulan yang tidak ramai dan berusaha meramaikan. Amalkan setiap ibadat itu walaupun yang ter’simmple’ sekalipun tapi istiqamah dari kita mula amalkan sehinggalah dulu, kini dan selamanya.

Leave a Reply