TIDAK RAMAI

Tidak ramai yang berada berhampiran masjid atau Surau terus ke masjid untuk berjemaah di sana apabila azan berkumandang. Kitakah? Tidak ramai yang datang solat Subuh berjamaah. Kitakah? Tidak ramai yang sanggup tunggu berzikir sehingga imam bangun dari tempat solatnya. Kitakah? Tidak ramai yang tadarus al Quran sepotong dua ayat selepas solat. Kitakah? Tidak ramai yang menambah aksesori(bacaan tambahan dalam solat) seperti semasa doa iftitah(tambahan daripada yang lazim dibaca),tambahan bacaan ketika rukuk(tambahan daripada yang lazim dibaca), tambahan bacaan ketika sujud(tambahan daripada yang lazim dibaca), tambahan bacaan pada tahiyat akhir dan zikir sebelum takbir pada permulaan solat. Kitakah? tidak ramai yang istiqmah yang mengamalkan zikir pagi petang.Kitakah?tidak ramai yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Kitakah? Tidak ramai yang bangun Qiamulai. Kitakah?
Lebih ramai yang beramal ala Kadar sahaja. Kitakah itu? Harapnya bukan kita yang demikian itu dan seandainya kita, maka selepas ini bukan kita lagi. Mohon rahmahNya dan keampunan supaya kita termasuk dalam golongan sedikit tersebut dan berusaha menyebar luas supaya sedikit akan bertambah menjadi ramai.

Leave a Reply