TIDAK MUDAH UNTUK ISTIQAMAH!

Tanpa kekuatan dan keinginan untuk mengapai syurgaNya yang semua manusia tidak melihat bukan suatu yang mudah!

Daripada malan yang terkecil sekalipun , tidak mudah kita dapat kekalkan secara istiqamah!

Kadang kita lupa untuk berdoa ketika makan dan terus makan! Kadang kita lupa untuk melangkah kaki kiri apabila memasuki tandas dan berdoa walau kita telah lazim mengamalkannya! Kadang-kadang kita terus terlelap tanpa berzikir dan doa sebelum tidur, pada hal itulah kebiasaan kita sebelum dan sebaik sahaj kita tidur! Kadang-kadang kita tidak senyum pun apabila berjumpa dengan sesorang! Kadang-kadang beratnya hati untuk bersedekah walaupun untuk beberapa sen! Kadang-kadang tidak berdoa pun sebaik sahaja berwuduk!

Itu di antara terlalu banyak amalan yang nampaknya kecil dan mudah, tetapi kadang-kadang sukar untuk istiqamah(100% lakasanakan). Apatah lagi amalan yang agak mencabar seperti solat berjemaah di masjid atau surau istiqamah lima waktu, solat sunat muakad serta solat sunat yang lain, solat malam, puasa sunat, tadarus serta tadabur al Quran dan sebagainya untuk setiap hari!

Tanpa kekuatan dan keinginan yang bersungguh-sungguh menyebabkan ramai yang tewas separuh jalan. Apa lagi yang melaksankan kadang-kadang atau amalan terpilih sahaja!

Ubatnya diri sendirilah yang memotivasikan. Keyakinan terhadap janjiNya merupakan asas dan kekuatan untuk kita terus beramalal tanpa jemu. Kelalaian dalam amalan hendaklah dijadikan suatu penyesalan yang mendorong kita supaya kita tidak lalai lagi. Jangan kita tewas dengan kelalain yang sedikit itu untuk tidak terus istiqamah, malah gantikan kelalaian itu dengan amalan yang lebih baik dan lebih berkualiti lagi!

Leave a Reply