TIDAK MAHUKAH KITA SEBAHAGIAN DARIPADA YANG TIDAK BANYAK?

Biarlah ungkapan ini diungkapkan berulang-ulang-ulang kali. Asalkan ianya berhasil mengubah walaupun seorang insan. Pada kebiasaannya kita tidak mahu berada di kalangan orang yang tidak hadir solat Fardu Jumaat pada setiap minngu kerana takut dikatakan munafik. Walaupun dalam kepayahan, kesibutan dengan pelbagai urusan, pasti kita akan tampil bergaya ke masjid pada hari Jumaat. Jarang kita melihat orang yang datang selekeh ke masjid pada hari tersebut. Berpakaian kemas sama seperti ke tempat ketja jika hari bekerja dan memakai pakaian yang terbaik dan paling menarik jika hari Jumaat jatuh pada hari kita bercuti. Bagaimana dengan amalan lain yang sebenarnya kita juga mampu laksanakan sebagaimana orang yang istiqmah laksanakan. Mulakanlah, langkah seterus Allah yang MAHA BERKUASA pasti akan menolong hambaNya yang mengingatiNya. Tidak mahukah kita hadir solat secara berjemaah yang ramai memandang remeh terhadap seruan itu? Tidak mahukan bangun solat malam, yang ramai yang lebih suka melayan tidur yang melenakan? Sedangkan Allah turun pada 1/3 malam untuk memperkenakan permintaan hambaNya!, tidak mahukah kita bepuasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa sunat lain yang dituntut, supaya kehidupan hari tersebut penuh dengan ibadat(orang berpuasa akan cuba sedaya upaya menghidari dosa agar puasanya DITERIMA). Kan puasa itu untuk Allah, taklah kita persebahan puasa yang biasa sahaja! Tentulah kita ingin persembahkan puasa yang superb A atau maksima Anya. Kita yang sedikit berbanding mereka yang merajakan perut. Tidak mahukah kita di antara hambaNya yang sentiasa berzikir kepadaNya dalam pelbagai bentuk? Ianya percuma! Zikir harian, pagi dan petang, tadarus al Quran, beraada di tamanNya(majlis ilmu), dan banyak lagi yang menghindarkan kita dari lalai dnn akhirnya kita sentiasa bersedia untuk bertemu denganNya pada bila-bila masa kerana kita sedang yakin janjiNya. Tidak mahukan kita di antara penentang terhadap apa sahaja laranganNya untuk kita mendapat redhaNya. Setiap kita ingin redha kedua ibubapa agar hidup diberkati. Bagaimana dengan redhaNya?.RedahNya dan RahmatNya membawa ke syurga. Tidak mahukah kita sebahagian daripadanya yang tidak banyak dan akan menjadi banyak jika kita dan kita dan kita mahukannya mengamalkan apa yang disuruhNya.

Leave a Reply