TIDAK INGINKAH KITA MENCUBA ?

Untuk menjadi Muslim sejati, amalannya hendaklah di atas ‘par’ yang maksud terbaik di antara terbaik. Untuk berjaya ke arah itu kita kena mulakan dari se ka rang ( n o w ) dari asas yang paling mudah sehinggalah yang paling tinggi darjatnya. Apakah kita hanya menunggu asa yang sesuai atau beramal sambil lewa sahaja. Untuk itu bolehkah mulai Ramadhan ini kita solat berjemaah 1825 kali( 5 waktu fardu perfect berjemaah di masjid )pada tahun ini.atau 1460 kali ( sekurang 4 waktu fardu).Atau 1095 kali( 3 waktu fardu). Atau 732 kali( 2 waktu fardu). Dan yang paling minimum 365 kali( 1 waktu fardu). Kalau kita dapat istiqamah untuk solat berjemaah fardu Subuh, mahgrib dan isyak’ maka sudah mencapai 1095 kali solat berjemaah dalam setahun dan jika ditambah sekali sekala dengan solat fardu Zohor maka pada satu tahap keinginan untuk mencapai 1825 akan mendesak-desak. Akhir kita dapat melaksanakan suruhanNya secara istiqamah. Apa yang utama kita kena cuba dengan mengekal satu fardu dahulu untuk istiqamah dan ditambah dengan fardu yang lain. Sebagai contoh istiqamahkan fardu Subuh dengan bersungguh-sungguh dan fardu yang satu lagi dan satu lagi secara istiqamah. Untuk solat sunat, sila kita pasti setiap hari kita dapatkan ganjaran pahala satu dunia dan seisinya bermakna dalam setahun kita akan dapat pahala 365 dunia dan seisinya. Pahala kepada mereka yang melaksanakan solat sunat ssebelum Subuh. Sekurang-kurangnya kita bina mahlgai di syurga seminggu sebuah, dalam setahun kita dianugerahi sekurang-kurang 52 buah Mahligai yang besarnya hanya Allah yang MAHA PMENGETAHUI. Caranya jika ada kelapangan sekurang dalam seminggu sekali kita solat sunat rawatib sebanyak 12 rekaat(Zohor (Subuh(2 sebelum),4 sebelum 2 selepas), Maghrib(2 selepas) dan Isya'(2 selepas). Dalam setahun kita cuba berpuasa sebanyak sekurang-kurang 4 bulan( Bulan Ramadhan + puasa 6+ puasa ISNIN dan Khamis + puasa sunat lain seperti 10 Muharram , 9 zulhijjah dan sebagainya ). Kita kena mencubanya barulah kita dipandangNya berusaha menjadi hambaNya yang terbaik di antara yang terbaik. Jika 5 Kali kita ke masjid maka 1825 Kali kita berdoa perjalanan ke masjid, doa masuk masjid dan doa keluar masjid. Jika setiap kali semasa hendak tidur dan bangun dari tidur kita berdoa nah! Masing 1825 Kali amalan istiqamah yang berjaya kita laksanakan. Mudah hanya beberapa detik sahaja untuk melafazkan doa tersebut. Dan amalan lain secara berperingkat hendak diamalkan secara istiqamah baru nampak tanda kita bersungguh dalam beribadat. Cubalah Allah pasti memudahkan serta mengurniakan kemanisan beribadat.

Leave a Reply