TIADA PERSIAPAN RAPI UNTUK MENGADAPNYA KERANA BERANGGAPAN MATI MASIH JAUH!

Ramai di kalangan kita tidak bersedia secara rapi untuk menemuiNya kerana beranggapan ajal masih jauh. Tiba-tiba kita yang masih hidup ini menerima perkhabaran bahawa si anu dan si anu telah pergi mengadap Ilahi sebentar tadi, atau kelmarin atau pada masa dan tarikh tertentu! Kebanyakkannya jarang membuat persiapan yang sangat rapi untuk bekalan mengadapNya. Beramal yang fardu pun ala kadar asal buat kerana di hati nanti akan laksanakan yang terbaik! tiba-tiba belum sempat sampai pada masa dan tarikh yang entah bila kita akan melaksanakan amalan yang terbaik kita sudah dipanggil mengadapNya. Apakah akan jadi dengan kepergian kita untuk selamanya dan akan kekal selamanya dengan amalan ala kadar kerana tidak sempat untuk amalan yang paling baik? Amalan sedikit yang kita bawa tersebut belum tentu lain kesempunaannya. Apabila ditapis kira, entah apa yang tinggal! Contoh mudah, solat terawih di bulan Ramadhan: 8 rakaan yang kita dirikan, apabila dinilai dan ditapis, apakah tepat 8 rakaat yang kita harapkan? Berbanding dengan 20 rakaat yang kita dirikan, apabila ditapis dan dinilai rasanya masih ada harapan untuk mendapat 8 rekaat yang disunnahkan!. Yakinkah kita solat fardu kita diterima 100% dan tanpa perlu solat suna rawatib untuk menampung sebarang kekurangan? Sekadar contoh untuk memotivasi diri untuk beribadat secara maksima, entah-entah beberapa detik lagi kita dipanggil mengadapNya.

Ingat :

ramai kanak-kanak mati
ramai orang muda mati
ramai orang sihat mati
tapi tidak ramai yang membuat persiapan rapi untuk mati!

Leave a Reply