TERSIRAT DARI AMALAN KORBAN

Membelanjakan sebahagian hasil titik peluh kita untuk melaksanakan ibadat korban merupakan amalan yang tersurat, yang apabila menepati syarat-syaratnya dan disertai dengan ikhlas keranaNya, maka sudah pasti akan diganjariNya.Terlalu banyak yang tersirat hasil daripada yang tersurat yang menzahirkan pengorbanan tersebut. Intipatinya ialah pengorbanan. Pada asalnya, kita tidak berkeberatan untuk berkoebankan harta wakaupun dalam jumlah yang termampu. Namun, pengorbanan masa dan waktu untuk beribadat kepadaNya merupa suatu yang agak sukar yang tidak mustahil untuk dilaksanakan. Ibadat malam yang merupakan di antara darjat yang tertinggi merupa ibadat yang perlu melakukan pengorbanan yang teramat tinggi. Bayangkan betapa enaknya tidur di waktu tersebut berbanding dengan bangun untuk beribadat! Untuk menunjukkan ketaatan kita kepadaNya , keenakan tersebut kita kena korbankan dengan seikhlasnya. Memastikan solat di awal waktu dan berjemaah, merupa satu pengorbanan yang tersangat tinggi nilainya apabila kita kena korbankan masa rehat kita atau masa bersantai kita dengan oarang tersayang, masa yang menegembirakan nafsu kita semata untuk hadir ke rumahNya untuk solat berjemaah sebagai memenuhi tuntutanNya. Untuk meninggalkan segala macam keseronokan untuk menghadiri majlis ilmu dan seumpamanya memerlu pengorbanan yang hebat. Ini kerana keseronokan yang sedang kita nikmati tidak akan kita perolehi di majlis ilmu kecuali kepada mereka yang ikhlas untuk merasai kelazatan majlis ilmu atau zikir tersebut. Terlalu banyak pengorbanan yang tersirat yang perlu kita lakukan untuk mendapat redhdaNya. Apabila Allah redha, maka balasanya adalah JannahNya.

Leave a Reply