TERPILIH

Kebanyakkan kita ingin menjadi orang yang terpilih.Terpilih menjadi pemimpin, terpilih menjadi orang yang terhebat, terpilih menjadi orang tercantik, terpilih menjadi tokoh yang cemerlang dan apa saja yang hebat-hebat tentu mahu dan kita impikan. Namun, tidak ramai yang dapat menggapainya berbanding dengan menjadi hambaNya yang terpilih jika kita cintakan dan berusaha mendapatkanya. Tidak mahukah kita menjadi hambaNya yang terpilih melaksanakan solat berjamaah di awal waktu? Tidak mahukah kita menjadi hambaNya yang terpilih untuk bangun malam? Tidak mahukah kita menjadi hambaNya terpilih yang suka bersedekah? Tidak mahukah kita terpilih menjadi hambaNya yang berjaya melaksanakan puasa setiap Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud? Tidak mahukah kita menjadi hambaNya yang sentiasa mendoakan orang lain juga apabila berdoa? Dan yang manisnya ialah tidak mahukan kita terpilih menjadi hambaNya yang dapat melaksanakan suruhanNya secara istiqamah dan akhirnya menikmati kamanisan ibadat kepadaNya. Menjadi hambaNya yang pasti akan perolehi jika berusaha mendapatnya dengan ikhlas dan sentiasa mohon rshmatNya

Leave a Reply