TERKADANG PILU KERANA KEDAIFAN ILMUKU!

Matlamat utama membawa seluruh manusia memasuki syurgaNya yang tiada sempadan keluasannya. Namun kedaifan ilmu diri ini merencatkan matlamat! Mahu berdiri di kalayak untuk menyatakan ‘amalkan suruhan begini dan begini’ melalui pendekatan yang ‘simple’ dan mampu amal. Peluang ini hanya terhad di blog dan FB di kuasai oleh golongan tertentu dan skala yang membacanya amat terhad terhad terutama perkara yang di luar jangkau sesetengan orang kerana tiada yang sudah ke sana kembali mencerita apa-apa yang berlaku dan dan rahsia dan MAHA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH. Alangkah lebih berkesan seandainya penyampaian secara bersemuka, namun siapalah diri ini untuk didengari, apatah dijadikan ikutan. Walaubagaimana peluang tidak akan dilepaskan apabila mempunyai ruang dan peluang untuk menyampai mesej dakwah dengan pendekatan yang agak lain sedikit berbanding penekanan penyampaian ilmu oleh para da’i yang berkelayakan dan berwibawa. anMereka ini senang diakui kerana keilmuan dan kelayakkan yang dimiliki. Sasarannya adalah saudara yang terdekat, sahabat-handai, dan kenalan baru yang pada pandangan penulisan ada harapan dan ingin berubah. Apabila ini berlaku, kita perhatikan kehadiran ke masjid agak dimonopoli oleh golongan yang mempuayai kemudahan berbanding orang biasa. Ini bererti dakwah tidak menyeluruh menyebabkan orang biasa masih kekal dengan amalan yang menjadi kebiasan dan tidak terdedah dengan amalan kontemporari. Diri ini tidak dapat bergerak dek persepsi masyarakat terhadap siapa yang layak berdakwah! Pendekatan yang ingin dibawa ialah mengamalkan setiap ilmu yang diperoleh dengan pendekatan ‘mampu amal’ dan secara menaik dan akhir membawa kepada kemanisan beramal secara istiqamah apabila akhirnya : i.Kita tidak lagi tinggal solat berjemaah lima waktu. ii. Sudah merasa amat kehilangan sekiranya tertinggal solat sunat tahajud, witir,dhuha, wuduk dan sebagainya.iii.sudah sebati dengan doa harian dalam setiap perbuatan terutama zikir pagi dan petang, wirid selepas solat dan sebagainya.iv. Aksesori dalam solat tidak mahu lagi ditinggalkan. vii. Dan lainya yang menjadi amalan yang tidak lagi mengembirakan hati jika berlaku kelalaian atau halangan.

Leave a Reply