TERIMALAH SESUATU ILMU DARI ORANG WALAUPUN KITA SUDAH TAHU

Ilmu itu untuk diamalkan. Ilmu itu kena dari guru dan terbaiknya ialah guru yang bersanad. Kita kena terima ilmu yang disyorkan walaupun semamangnya kita sudah mengetahuinya. Apa yang paling penting ilmu tersebut menepati syariat yang Allah tetapkan. Mungkin yang menyampaikan ilmu itu adalah orang biasa, namun mungkin orang tersebut menerima ilmu secara bersanad yang jells walaupun ilmu yang disampaikan adalah yang biasa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mendapat ilmu daripada ulama yang mempunyai sanad, maka satu keberuntungan untuk kita mengamalkan ilmu yang kita siterima daripada orang yang mungkin penyampai tadi bersanad. Oleh itu janganlah kita memandang sebelah mata atau menyatakan sesuatu yang melekehkan ilmunya. Kehebatan seseorang tidak terletak kepada ilmu dan keluluasannya, namun yang terhebat ialah orang yang mengamalkannya ilmunya secara ISTIQAMAH.

Leave a Reply