TERIMA KASIH PARA MURABBIKU!

Murabbiku, tanpamu hidupku tanpa ilmu, tanpa ilmu amalku sia-sia. Engkau sering mengulang-gulang peri penting setiap ilmu yang kau ajari supaya memjadi amali yang semestinya diamal secara istiqamah. Istiqamah sering kudengari, namun tidak jelas padaku apa itu istiqamah dan bagaimana untuk istiqamah! Melaluimu kudiajar istiqamah dengan seruan dan amalan yang kau contohi .Istiqamah yang kau tekankan dan yang kau telah sebati dengan amalanmu manjadi panduan kami muridmu untuk diturutinya. Terima kasih murabbiku. Moga solatku istiqamah lima waktu berjemaah, tadarus dan tadabbur harianku terus istiqamah, serta amalan yang disunnahkan turut kekal istiqamah, zikrullah tetap istiqamah, pengelibatan dalam siasah yang ingin menegakkan hakNya tetap istiqamah biarpun nyawaku sebagai gantinya, hubunganku sesama manusia mengikatku sebagaimana suruhanNya. Terima kasih murabbiku kerana mengajarku ilmu dan istiqamah mengamalinya. Nanti kau pasti menuai hasil tanamanmu pada kami di sana nanti.

Buat semua murabbiku dari kelahiran hingga aku menjadi hambaMu yang istiqamah dan kurniailah untuk terus istiqamah ya Rabbi.

Leave a Reply